Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 25, 2019 @ 4:09pm

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek Dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019!

Tahniah Diucapkan!

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 peringkat sekolah menengah dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 telah disiarkan secara langsung menerusi program Malaysia Hari Ini pagi tadi.

Seramai tiga sekolah dari SMK Tok Janggut (Kelantan), SMK Sri Bintang Selatan (Kuala Lumpur), SMK Sri Maharajalela (Kelantan) serta enam peserta Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 dan wakil-wakil syarikat penerbitan seperti Along Kamaludin, Feroz Kadir, Jalena Rejab, dan ramai lagi. Majlis ini turut disempurnakan oleh Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri sebagai penyampai hadiah kepada pemenang.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, TV3 amat berbangga dengan pencapaian para peserta DFKL 2019  pada kali ini.

” Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada SMK Tok Janggut kerana sekali lagi memenangi Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 peringkat sekolah menengah. Selain itu, kami juga amat berbesar hati untuk menerima lapan idea baharu dari peserta Sesi Kongsi Idea untuk dijadikan telefilem.”

“Manakala, jumlah penyertaan sesi uji bakat lakonan DFKL yang telah menjangkau lebih 500 orang peserta juga membuahkan hasil kerana kami baru sahaja selesai Bengkel DFKL pada hari Jumaat – Ahad (semalam). Kami dapati para peserta bengkel yang kami senarai pendek kali ini lebih berbilang kaum dan  mempunyai minat dalam lakonan yang amat hebat. Insya Allah, wajah-wajah mereka akan menghiasi kaca televisyen tidak lama lagi.” Katanya.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah pertandingan drama pendek DFKL 2019 dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019. Kini, DFKL 2019 telah kenal pasti tiga pemenang Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 Peringkat Sekolah Menengah dan lapan idea dari Sesi Kongsi Idea DFKL 2019.

Tempoh penyertaan Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 telah berlangsung daripada 15 Januari 2019 hingga 1 Mac yang lalu, membuka peluang kepada anak-anak muda untuk berkarya dalam menghasilkan drama pendek berdurasi 3 – 5 minit yang bertemakan ‘Realiti Dunia Media Sosial’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Isu Rupa Paras Tiada Kesudahan, Namron Minta Pelakon Abaikan Kritikan Netizen – “Pedulikan Apa Orang Nak Cakap”

Isu ini tidak akan selesai disebabkan netizen suka mengkritik dan membanding-bandingkan.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Rush Hour 3 Bakal Ada Sambungan, Apa Kata Jackie Chan?

Tapi untuk Rush Hour 4, bila-bila sahaja saya bersedia. Tahun depan!,

Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Pilih Erra Fazira Jadi Duta, Netizen Puji Beg Tangan Aliff Syukri Nampak Mahal

Erra Fazira jadi duta beg tangan SAMMA Aliff Syukri dipuji nampak mahal

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Amylea memberitahu tiada sebarang gimik akan dilakukan di pentas AJL 33 nanti.

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Sharifah Sakinah Buat Hal Lagi?

Solat tu kan tiang agama…

Hiburan Tue, 25 Feb 2020
Featured Sun, 23 Jan 2022
error: Content is protected !!