Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2024 @ 4:04pm

Gara-Gara Nama Di Banned, Shuk Sahar Tak Malu Mengaku Pinjam Duit Kawan – “Saya Memang Akan Ingat Nama-Nama Ni”

Pengacara dan pelawak sensasi, Shuk Sahar bersyukur apabila dia masih dikelilingi dengan keluarga dan kawan-kawan baik ketika namanya mula di ‘banned’ stesen televisyen mahupun radio.

Katanya, ketika berada di fasa ‘kejatuhan’ itu, rakan selebriti yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kewangan adalah Shuib, Nabil Ahmad dan juga Ebby Yus.

Tambahnya, tiga individu ini adalah antara orang-orang yang akan diingati bukan sahaja sebagai seorang kawan tetapi juga sebagai individu yang sentiasa ada ketika senang mahupun susah.

“Masa tu saya ingat lagi, hari tu saya ada shooting, Nabil hubungi saya tanya ‘kenapa tak ada?’, saya cakap memang dah tak ada. Petang itu, dia terus bank in duit kepada saya. Abang Ebby Yus pun sama.

“Abang Ebby hubungi saya tanya keadaan saya okay ke tak, lepas itu dia cakap ‘bagi saya nombor akaun pada PA abang’. Dia terus bank in, inilah orang-orang yang saya memang akan ingat.

“Tapi kalau yang saya betul-betul pinjam tu duit daripada Shuib. Sampai satu tahap tu, saya sendiri berhenti pinjam duit daripada dia. Sebab saya pinjam sampai RM10,000,” ulasnya.

Shuk berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Dol’s Podcast yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut,  Shuk juga mengaku ketika berada dititik terendah dalam hidupnya, terdapat segelintir rakan selebriti yang mula menjauhkan diri darinya susulan kontroversi dan masalah yang dihadapi.

“Ada yang menjauhkan diri, tapi ada juga yang isteri suruh blocked,” kongsinya.

Justeru, sebagai seorang selebriti yang pernah melalui fasa jatuh bangun, Shuk menzahirkan rasa syukur dek kerana dikurniakan kehidupan yang lebih selesa kini.

“Alhamdulillah, Allah berikan satu lagi peluang kepada saya untuk jadi suami itu satu, menjadi seorang bapa. Macam mana sekali pun, saya ada anak-anak dan menjadi anak kepada ibu bapa saya.

“Paling penting, saya mampu menjalani hidup kembali normal. Tak ada nak meminjam dengan orang dan menagih simpati.

“Saya sampai pernah satu masa dulu… buat live di TikTok, menagih ‘gift’… saya pernah lalui zaman itu.

“Jadi apa yanga ada sekarang, bukan la nak kata selesa macam dulu tapi alhamdulillah selesa. Saya akan jaga apa yang ada sekarang.

“Satu sahaja saya nak cakap, sebenarnya saya takut nak borak pasal benda ni takut orang akan kata saya poyo. Tapi pada saya, kita bekerja kita dah rasa okay.

“Solat? Ayat dia mengerjakan solat. Pernah tak kita rasa macam ‘alamak, aku tak solat’ sedangkan kita nak pergi jumpa kawan-kawan boleh. Dulu saya rasa banyak benda yang perlu menjadi keutamaan tapi saya tinggal. Saya utamakan dunia yang lebih, macam kereta nak mewah, rumah nak mewah dan sebagainya tapi… tak pernah pun saya berterima kasih pada yang sepatut-Nya.

“Dan  sekarang, kalau diberi lagi kesempatan untuk merasa benda tu semua (populariti dan harta) ingat! Siapa yang beri kita kesempatan untuk merasa pinjaman tu semua,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOL’S Podcast (@dolspodcast)

 

Untuk rekod, Shuk pernah mendirikan rumah tangga bersama Rossa Sera pada 2015, namun kedua-duanya sah bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Shuk kemudian berkahwin dengan wanita bernama Fara Salleh pada November tahun lalu.

Sekadar info, Shuk bersama dua rakannya iaitu Shuib dan Fizie akan bergandingan bersama dalam program bual bicara santai berjudul Dol’s Podcast yang akan bersiaran pada 17 Julai ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Aktivis LGBT Dilantik Jadi Pegawai Di KBS? Ini Jawapan Syed Saddiq!

“Terdapat ‘permata’ yang tersembunyi di seluruh Malaysia. Sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV (curriculum vitae) dari sesiapa pun. Haaa, dengar tu semua! Bolehlah korang cuba nasib, siapa tahu anda ‘permata’ yang dicari itu!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Selepas Bapa, Nenek Adira Pergi Menemui Illahi…Al-Fatihah

Semoga Adira terus kuat menghadapi dugaan ini, Amin YRA…

Featured Mon, 4 Nov 2019

Bukan orang gemuk sahaja, orang kurus pun boleh kena diabetes

Ketahui sebab apa orang kurus terdedah kepada risiko diabetes

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

“Kalau Arwah Ayah Dia Ada, Dah Kena Baling Kerusi” – Ina Naim Akui Tegur Hadie, Mohon Netizen Jangan Hukum

Hadie dikritik semakin berubah selepas sertai industri hiburan, Ina Naim bersuara

Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan […]

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

error: Content is protected !!