Featured By: Fadzlena Jafar July 10, 2019 @ 9:30am

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

Rakan baik anda bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dan anda pula dipilih sebagai pengapitnya! Pastinya kenangan yang tidak dapat dilupakan, apabila menjadi orang penting pada hari istimewa sahabat baik anda.

Selain perlu mencari baju yang akan digayakan pada hari istimewa itu, penampilan terutamanya solekan haruslah cantik menawan. Ingat, bukan hanya pengantin saja yang perlu tampak cantik pada hari bersejarah itu, pengapit dan tetamu juga akan menjadi perhatian ramai.

Malangnya, menjelang hari istimewa itu kulit wajah pula meragam apabila tampak kusam dan kurang hidrasi! Mungkin kesibukan di tempat kerja terutama apabila anda perlu berada di lapangan menyebabkan kulit terdedah pada pencemaran dan cahaya matahari, sekali gus menjadikan kulit mudah bermasalah.

Ditambah pula ketika itu anda mengalami perubahan hormon (datang haid) menyebabkan kulit menjadi tidak sekata, selain tompok hitam lebih ketara. Solekan tebal juga tidak mampu menutupi masalah kulit itu.

Jangan panik! Anda masih mempunyai masa untuk memperolehi kulit menawan hanya dalam 14 hari sahaja! Caranya sangat mudah, amalkan rutin penjagaan kulit yang berkala pada sebelah pagi dan malam menggunakan produk L’Oréal Paris Revitalift.

Rangkaian produk L’Oréal Paris Revitalift diperkaya dengan Centella Asiatica yang mempunyai khasiat khususnya untuk merawat luka dan membantu proses pemulihan kulit secara semula jadi dengan penggunaan yang berterusan.

Jenama terkenal ini mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit, daripada pembersih muka, penyegar, serum hingga pelembap yang terbukti mampu membantu kulit menjadi lebih anjal dan menawan dalam tempoh singkat.

Amalkan rutin penjagaan kulit L’Oréal Paris Revitalift yang mudah ini untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal dan berseri, lebih terhidrat serta kekal menawan seolah-olah anda melakukan rawatan wajah setiap minggu.

Tiga produk ini wajib ada dalam koleksi produk penjagaan kulit anda:

1. L’Oréal Paris Revitalift Centella Essence Water

Produk ini lembut pada kulit dan diformulasikan dengan teknologi mikro yang mampu menyerap ke dalam kulit, sekali gus memberikan kelembapan serta merta.

Apa kata pengguna: Rata-rata pengguna mengakui sebaik menggunakan L’Oréal Paris Revitalift Centella Essence Water, kulit mereka menjadi lebih lembap dan gebu. Kulit juga menjadi lebih tegang dan berkilauan, sekali gus menjadikan solekan anda lebih menawan dan berseri.

2. L’Oréal Paris Revitalift  Day Cream SPF 23

L’Oréal paris Revitalift Day Cream SPF 23 diperkaya dengan Centella Asiatica untuk membantu memperbaiki keanjalan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan di lapan zon utama – dahi, di antara bulu kening, kedutan bawah mata, hujung sudut mata, pipi, garisan senyuman, garisan penjuru mulut dan leher. L’Oréal Paris Revitalift Day Cream turut mengandungi SPF 23 untuk melindungi kulit daripada sinar ultra lembayung (UV). 

Apa kata pengguna: Kebanyakan pengguna mengakui penggunaan produk ini berkesan dalam mengurangkan garis halus terutama pada sekeliling mata, malah penggunaanya secara berterusan menjadikan kulit lebih menawan dan berkilauan hanya dalam masa 14 hari.

3. L’Oréal  Paris Revitalift Night Cream

 

 

 

L’Oréal Paris Revitalift Night Cream yang diperkaya dengan Centella Asiatica berfungsi untuk membantu proses pemulihan kulit ketika anda tidur dan menjadikan kulit lebih hidrat dan tampil lebih cerah dengan seri yang lebih menyerlah. Gunakan setiap malam untuk membantu memperbaharui kulit dan menjadikannya lebih anjal.

Apa kata pengguna: Krim malam ini agak pekat dan cepat menyerap ke dalam kulit. Kebanyakan pengguna mendapati penggunaanya setiap malam menjadikan kulit lebih lembut dan lembap keesokan harinya. Penggunaannya digabungkan dengan L’Oréal Revitalift Centella Essence Water dan Revitalift Day Cream SPF 23 menjadikan kulit lebih sempurna dan mengembalikan keremajaan hanya dalam masa dua minggu.

Selain tiga produk yang wajib ada dalam simpanan anda itu, jangan lupa untuk  membersihkan solekan atau kotoran seperti debu pada kulit terlebih dahulu.

Guna L’Oréal Paris Micellar Water (Mosturizing) yang mengandungi molekul unik micellar untuk membersihkan solekan pada wajah, selain memastikan kulit kekal lembap.

Selain itu gunakan L’Oréal Paris Gentle Lip & Eye Make-up Remover untuk menanggalkan solekan kalis air. Formulasinya yang lembut dan tidak memedihkan mata sesuai untuk kawasan sekitar mata dan bibir yang lebih tipis berbanding kulit wajah lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk L’Oréal Paris Revitalift, anda boleh melayari laman sesawang www.lazada.com.my/shop/loreal-paris-official-store/SitiSalehasRegimeBundles.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥

Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Featured Tue, 14 Feb 2023
Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Featured Thu, 27 Jun 2024

“Saya Perlu Positif Demi Anak-Anak & Pekerja” – Azharina Sahkan Hidap Kanser 

Allahu, moga Azharina dikurniakan syifa dan kekuatan yang luar biasa💪❤️

Featured Tue, 28 Feb 2023