Eat Travel By: Yanie Baharom May 17, 2020 @ 2:57pm

Lepas perah kelapa, hampasnya jangan dibuang sebab boleh guna untuk naikkan ‘seri’

Ramai yang memilih menggunakan santan kotak untuk memasak kerana lebih mudah dan cepat, namun bagi mereka yang mementingkan keaslian, santan perah tetap menjadi pilihan.

Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukakan santan perah, nak pesan jangan terus dibuang hampas santan itu.

Kenapa tak boleh buang? Terserahlah kalau nak buang pun, cuma apa kata manfaatkan ia untuk satu petua kecantikan ini.

Apatah lagi ramai yang maklum, hampas kelapa banyak digunakan dalam produk kosmetik kerana manfaatnya yang boleh menghalus, melembap dan mencerah kulit, selain menanggalkan sel kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit serta menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat pada wajah.

Foto: MW

Justeru itu sebelum anda terdetik membuangnya, jadikan ia lulur muka dan badan.

Ini bahan-bahannya:

7 sudu besar hampas kelapa

Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit

2 sudu besar gula biasa atau gula perang

Foto: Miow

1 sudu besar garam halus

2 sudu tepung beras

Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.

Cara menggunakannya:

  • Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati, lalu lumur dan gosokkan ke muka serta badan.
  • Kalau mahu kesan lebih mengagumkan boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan lakukan rutin seperti di atas.
  • Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu
  • Lebihan lulur kelapa boleh simpan dalam peti. Boleh tahan selama dua minggu jika tidak dicampur dengan air.

Jika diamalkan selalu, pasti kesannya menggembirakan anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

Featured Sun, 14 Oct 2018

Bahaya Jika Anda Tertelan Air Kencing Dalam Kolam Renang

Air kolam yang bercampur dengan air kencing mudah diserang bakteria!

Featured Wed, 19 Jun 2024
Eat Travel Tue, 31 Mar 2020

Cara buat roti jala corak segi empat

Resipi mudah Mariana Zainal

Featured Fri, 29 Jun 2018

YB Nurul Izzah Tidak Fikir Soal Kahwin, Lebih Selesa Bercinta Dengan Rakyat

Fokus Nurul Izzah pada ketika ini adalah untuk anak-anak dan rakyat.

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!