Eat Travel By: Fadzlena Jafar March 31, 2020 @ 11:56am

Cara buat roti jala corak segi empat

Roti jala yang dianggap antara juadah istimewa masyarakat Malaysia enak dimakan sama ada dengan kari ayam ataupun serawa durian.

Begitupun, ada yang menggemari roti jala yang bertekstur lembut, tidak kurang juga yang lebih meminati tekstur sedikit garing. Oleh itu, resipi dan cara penyediaan memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur roti jala.

Bagaimanapun perkongsian pemilik akaun Facebook, Mariana Zainal baru-baru ini menjadi tular berikutan corak roti jala yang dihasilkan berbentuk segi empat.

Corak unik dihasilkan Mariana itu berbeza daripada roti jala yang lazimnya dikirai dalam bentuk bulatan tanpa aturan tertentu, justeru ramai warganet memuji kaedah yang dikongsi Mariana Zainal itu.

Perkongsiannya dalam kumpulan Masak Apa Hari Ini yang mempunyai lebih 1.4 juta ahli mendapat sambutan hangat apabila ramai warganet memuji roti jala yang dihasilkan tampak tersusun kemas.

Berikutan permintaan ramai, Mariana turut menghasilkan video cara mengirai  roti jala bagi membentuk corak segi empat itu.

Dalam video berdurasi hampir 23 minit itu, Mariana menunjukkan cara mudah bagi menghasilkan bentuk berkenaan yang hanya menggunakan botol tiga lubang.

Mariana turut berkongsi resipinya yang menggunakan susu cair bagi menjadikan rasa lebih berlemak.

Mariana berkata, resipi berkenaan tidak mudah basi meskipun menggunakan susu, malah boleh disediakan semalaman sekiranya hendak dinikmati pada awal pagi.

“Jika tempahan banyak dan pelanggan menempah untuk penghantaran pagi, anda boleh mula menghasilkan adunan seawal jam 10 malam dan terus dikirai.

“Pastikan roti jala yang sudah siap dimasak itu dibiarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Setakat ini tidak pernah basi apabila dinikmati keesokan hari,” katanya bagi menjawab soalan warganet dalam perkongsian berkenaan.

Beliau berkata, bagi resipi yang dikongsinya itu, lazimnya beliau mampu menghasilkan 85 gulung roti jala.

Berikut dikongsikan resipi roti jala Mariana Zainal.

Roti jalan segi empat Mariana Zainal. (Gambar daripada Facebook Mariana Zainal)

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
2 biji telur gred A
1/2 tin susu cair (bersamaan 1 cawan)
150 ml minyak masak
1,500 ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga sebati.
  2. Apabila adunan nampak sebati, anda boleh mula mengirai.
  3. Guna kuali tidak melekat (non stick frying pan), namun jika anda hanya mempunyai kuali leper yang sering digunakan bagi memasak daging burger, anda dinasihatkan supaya meletakkan sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama

Kredit gambar utama: Facebook Mariana Zainal 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Jul 2022
Featured Thu, 2 Nov 2023
Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Wed, 27 Sep 2023

Tampil Dengan Kolaborasi Sulung ‘Akhir Cerita’, Aziz Harun & Dalia Farhana Akui Ada ‘Chemistry’

“Meski berat untuk berpisah, sedang masih ada rasa cinta, namun perpisahan jalan terbaiknya”. Itu antara mesej yang terkandung dalam single duet yang menampilkan kolaborasi sulung antara penyanyi, Dalia Farhana dan Aziz Harun. Istimewanya, lagu bergenre […]

Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Hmm zaman ni susah nak cari pasangan yang tak guna media sosial kan?

Featured Sat, 9 Sep 2023
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Tak Sangka Akan Viral, Saya Hanya Kongsi…” – Daiyan Trisha Akui Akrab Dengan Aedy Ashraf

Daiyan & Aedy rapat lama dah gais ✌🏻BFF for life la nii hehe ☺️

Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah