familuv By: Ad Ops November 1, 2018 @ 9:00am

Mainan Anak bersepah? Ikuti Tip-Tip Penyimpanan Barang Ini Supaya Rumah Anda Nampak Teratur

Kanak-kanak, biasalah. Bila dah seronok bermain, mesti lupa nak kemaskan semula. Perkara ini mesti diajar dan dibiasakan seawal yang mungkin, sejak mereka kecil lagi.

Kalau dibiarkan bersepah, bukan saja sakit mata memandang, kaki pun boleh sakit jika anda terpijak mainan itu. 

Kalau nak senang, sediakan saja kotak storage yang besar supaya mereka boleh humban saja mainan mereka ke dalamnya. 

Tapi kalau anda inginkan teknik penyimpanan yang lebih kreatif dan nampak menarik, anda boleh cuba ikuti tip-tip yang dikongsikan melalui video di bawah ini. Nescaya anda takkan rasa stres lagi.

Teknik nombor 7 itu lebih rumit daripada tip yang lain. Ia melibatkan kerja kayu jadi anda perlu gunakan skil bertukang. Tapi tak susah sangat pun! Ikut saja langkah-langkah yang ditunjukkan. 

Selamat mencuba!

Tapi walaupun teknik-teknik ini ada, jangan lupa ingatkan anak anda untuk kemaskan barang selepas habis bermain. Dia harus mula biasakan diri dari awal. Jangan harapkan ibu bapanya saja untuk kemaskan.

Sumber: Buzzfeed Nifty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Tue, 31 Jan 2023
Featured Fri, 9 Feb 2024
Featured Sun, 28 Jan 2024