Categories: Eat TravelFeatured

Mango Cheesekut, hidangan pencuci mulut yang bakal menceriakan seisi keluarga

Tidak lengkap rasanya menu Syawal jika tiada pencuci mulut. Tidak ada idea nak buat resipi apa? Apa kata cuba resipi pencuci mulut perkongsian personaliti media sosial popular, Khairul Aming.

Kredit gambar: Khairul Aming

Jejaka itu berkongsi resipi Mango Cheesekut yang sangat mudah untuk disediakan. Rasanya yang sedap membuatkan seisi keluarga pasti suka!

Jom lihat resipi di bawah:

Bahan yang diperlukan:

250g keju krim (cream cheese)
1/2 tin susu pekat
3 sudu susu segar
Biskut tawar (cream crackers)
Susu segar (untuk dicelup biskut)
Nestum

Kredit gambar: Khairul Aming

Bahan untuk bahagian atas mangga:

1 cawan air
Agar-agar (boleh gantikan agar-agar dengan gelatin halal)
2 sudu gula
2 biji mangga

Cara penyediaan:

1. Kisar krim keju, susu pekat dan susu segar.
2. Ambil sekeping biskut dan celup dalam susu segar. Kemudian susun dalam bekas.
3. Lapiskan dengan krim keju yang dikisar tadi diikuti dengan lapisan Nestum.
4. Ulang langkah menjadi beberapa lapisan mengikut saiz yang diingini. Sejukkan selama satu jam.
5. Seterusnya cara membuat bahagian atas. Mula-mula masukkan agar-agar ke dalam air dan letakkan gula.
6. Kisar mangga dan campurkan dengan air agar-agar tadi apabila sudah suam. Kacau sebati.
7. Tuang ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan dalam peti ais selama dua hingga tiga jam.

Kredit gambar: Khairul Aming

Mango Cheesekut sangat sedap dinikmati ketika masih sejuk. Selamat mencuba!

Ad Ops