Categories: FeaturedGaya Hidup

Hari Raya pertama perut dah meragam? Ini yang perlu anda lakukan

Hari Raya memang meriah dengan pelbagai jenis hidangan yang enak. Kalau boleh semua menu yang dihidangkan atas meja mahu dimakan walaupun perut sudah memberi isyarat untuk berhenti.

Kredit gambar: Malaysian Flavours

Tidak dinafikan, baru separuh hari beraya, perut sudah mula rasa tidak selesa. Perkara sebegini biasanya disebabkan masalah penghadaman yang boleh menyebabkan gangguan seperti sakit perut, cirit-birit, kembung, pedih ulu hati dan loya.

Doktor dan ahli gastroenterologi dari Hospital University Georgetown di Washington Amerika Syarikat, Dr Robynne Chutkan menyarankan agar masyarakat menghindari lima jenis makanan di bawah jika mengalami masalah penghadaman.

1. Produk tenusu

Kredit gambar: NatureVia

Dr Robbyne menyatakan bahawa produk tenusu seperti susu dan keju adalah antara makanan yang perlu dielakkan ketika seseorang itu mengalami masalah pencernaan. Susu dan pelbagai produk tenusu tidak boleh dimakan apabila mengalami cirit-birit dan loya.

Pesakit yang tidak bertoleransi laktosa juga harus mengelakkan produk tenusu kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan saluran pencernaan.

Hal ini kerana susu dan pelbagai produk tenusu mengandungi laktosa yang boleh menghasilkan gas dan boleh memburukkan kesihatan perut.

2. Gula buatan

Kredit gambar: BBC Good Food

Gula buatan seperti aspartam, sakarin, siklamat dan sebagainya boleh menyebabkan tahap insulin di dalam badan meningkat.

Peningkatannya boleh menyebabkan berlakunya turun naik gula dalam darah. Dr Robynne menyarankan agar masyarakat mengelakkan pengambilan gula buatan kerana produk itu memberi perasaan tidak selesa pada dalam perut.

3. Coklat dan kafein

Kredit gambar: Freepik

Elakkan pengambilan coklat dan minuman berkafein terutama apabila mengalami cirit-birit. Ini kerana minuman berkafein mengandungi asid yang boleh mengganggu perut dan mengakibatkan pengeluaran asid di dalam perut meningkat sekali gus memburukkan lagi keadaan cirit-birit.

4. Minuman berkarbonat

Kredit gambar: Pall Food & Beverage

Minuman popular yang menjadi pilihan dan kegemaran ramai ketika pagi raya itu perlu dielakkan terutama jika anda mengalami rasa mual.

Dr Robbyne menyatakan bahawa minuman soda mengandungi sebatian kimia berbentuk asid sitrik dan natrium benzoat yang sukar untuk perut. Kesannya akan membuatkan anda berterusan sendawa.

5. Makanan berlemak

Kredit gambar: Hello Sehat

Dr Robbyne menyatakan bahawa makanan berlemak mengandungi sebatian yang boleh mengaktifkan reseptor dalam perut yang boleh menyebabkan kembung.

Krim, daging berlemak, keju dan makanan berlemak lain tidak akan membantu mengurangkan gangguan penghadaman, malah akan membuatkan perut berasa lebih kembung, mual dan sakit.

Oleh sebab itu, hindari pengambilan lima jenis makanan yang dikongsi Dr Robbyne kerana ia akan membuatkan masalah penghadaman bertambah teruk.

Memang semua hidangan sedap, tetapi makanlah dengan berpada agar ia tidak menganggu ‘mood’ gembira Hari Raya.

Kredit sumber: Hello Doktor

Ad Ops