Eat Travel By: Ad Ops January 7, 2019 @ 12:00pm

Nikmati sajian nugget sayuran ini sebagai alternatif untuk diet sihat

Bila bercakap fasal nugget, kita mesti terfikirkan kandungan ayamnya. Kalau bukan ayam, ikan. Jaranglah ada ramuan utama untuk nugget lain kerana hidangan ini memerlukan isi daging yang lembut.

Walaupun ramuan ayam atau ikan adalah lebih dikenali, tak semestinya bahan lain tak boleh digunakan sebagai ramuan utama. Dan tak semestinya kena guna isi daging haiwan. Sayur pun boleh!

Nugget sayuran memang bagus untuk mereka yang ingin berdiet tapi masih inginkan snek yang lazat. Anda boleh makan banyak tanpa perlu risaukan sangat tentang jumlah kalorinya berbanding dengan apabila anda makan nugget ayam atau ikan.

Lagipun, nak buat nugget sayuran ini, senang saja! Jom ikuti resipi di bawah.

Bahan-Bahan

  • 3 biji lobak merah, dibuang kulit dan dipotong kecil
  • ½ biji kubis bunga, diceraikan
  • 1 biji brokoli, diceraikan
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil serbuk bawang
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 ¾ cawan serbuk roti (205 gram)

Cara Penyediaan

  1. Di dalam sebuah food processor, kisarkan lobak merah, kubis bunga, brokoli, bawang putih, telur, serbuk bawang, garam dan lada hitam hingga sebati.
  2. Tambahkan 1 ¼ cawan (145 gram) serbuk roti dan kisar hingga sebati.
  3. Cedok satu sudu besar campuran tersebut dan bentukkan menjadi kepingan nugget bulat.
  4. Masukkan serbuk roti yang selebihnya ke dalam mangkuk dan litupi setiap keping nugget dengan serbuk roti tersebut.
  5. Dalam pan, goreng dengan sedikit minyak di atas api sederhana tinggi hingga kedua-dua belahnya keperangan, iaitu selama 10 minit. Cara alternatif adalah dengan membakar nugget ini dalam ketuhar di atas kertas minyak, pada suhu 200˚C selama 25 minit, dan terbalikkan semua kepingan selepas 15 minit pertama.
  6. Hidang dengan sos kesukaan anda.

Selamat menjamu selera!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Oct 2018

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula jenis fruktosa adalah yang paling asli dan berupaya membekalkan tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Eat Travel Wed, 13 Mar 2019
Featured Wed, 1 Dec 2021

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna

Featured Wed, 15 Feb 2023
Featured Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] “Tak Kisah Menantu Tak Pandai Masak, Bangun Lambat.. Asalkan Perlu Berpendidikan & Jadi Usahawan…” – Bonda Rozita Ibrahim

‘Jadi perempuan, cerai mati atau hidup, lelaki sayang atau tak.. kita perlu ada standard’ – Bonda Rozita

Cahaya Mata Sat, 6 Aug 2022

“Mohon Doakan Kesihatan Suami Saya” – Ako Mustapha Dikesan Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Allahuakbar semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga isteri dan anak-anaknya tabah hadapi ujian ini ❤️

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah

Featured Sun, 3 Oct 2021

Pembayaran BKK Sehingga RM 1,000 Bermula Oktober Ini, Cara Semak Kelayakan & Permohonan

Umum maklum, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna. Bagi mereka yang ingin menyemak syarat kelayakan,

| Live TV