Categories: FeaturedGaya Hidup

Paru-Paru Dijangkiti Kuman Gara-Gara Tabiat Suka Cium Bau Stokin

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 37 tahun berasal dari China telah dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami jangkitan paru-paru yang teruk akibat tabiatnya yang suka mencium stokinnya sendiri. 

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan terlalu obses mencium stokin yang dipakainya setiap kali pulang dari kerja. Pelik betul tabiat dia kan? Benda kotor yang dia suka!

Menurut laporan dari Metro.co, lelaki terbabit memberitahu bahawa setiap kali menukar pakaian, dia akan membuka stokin yang dipakainya dan menyedut bauan itu sedalam-dalamnya! Eeeuww!! Geli betul kan?

Akibat daripada tabiat peliknya itu, dia telah dijangkiti fungus dari dalam kasut akibat keadaan kaki yang berpeluh. Jangkitan tersebut juga telah merebak ke dalam paru-parunya.

Foto: Asia Wire

Melalui imbasan X-ray yang dilakukan telah mengesahkan lelaki tersebut menghidapi jangkitan yang teruk pada bahagian paru-paru dan terpaksa ditahan untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak hospital juga turut mengesahkan bahawa punca jangkitan yang dialaminya adalah disebabkan oleh tabiatnya yang gemar mencium bau stokin.

Macam-macam perangai! Anda jangan sesekali ada tabiat sebegini ya!

Sumber: Metro.co

tex_admin