Categories: FeaturedOh Lawa

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Siapa yang bilang mereka tidak sukakan Nutella, anda tergolong dalam kelompok orang-orang yang rugi!

Nutella, adalah chocolate spread berperisa hazelnut dan cocoa yang bukan saja digemari kanak-kanak, malah orang dewasa.

Bagi mereka yang kaki bake, Nutella merupakan salah satu bahan yang boleh dipelbagai gunakan untuk menyempurnakan hidangan sama ada membuat kek mahupun tart.

Rasanya yang mewah sepadan dengan harganya yang agak mahal, ada kalanya ibu membuat catuan dari segi nisbah yang boleh diambil dalam setiap sapuan roti untuk anak.

Jika kita memanfaatkan Nutella untuk dimakan, lain pula ceritanya dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton.

Jurusolek peribadi Kate Middleton, Debora Mitchell, mendedahkan rahsia kecantikan isteri kepada Putera William itu menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning.

Mitchell berkata, Kate Middleton hanya menggunakan cara tradisional seperti orang lain bagi menjaga kesihatan kulit wajahnya.

Apa yang mengejutkan orang ramai, Kate Middleton dikatakan hanya menggunakan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).

Menurut Mitchell, Kate sering menggunakan kaedah sapuan Nutella tersebut sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah.

Pakar kecantikan tersebut turut menjelaskan bahawa campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.

“Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah.

Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!” kata Mitchell ketika ditemu bual menerusi rancangan tersebut.

Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan bagi selebriti terkenal seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.

Foto: Popsugar

Sumber: Astro Awani

Yanie Baharom