Categories: Filem

Siti Saleha Serik Pegang Watak Lesbian

Ketika isu LGBT sedang hangat diperkatakan, pelakon Siti Saleha meluahkan rasa bimbang beliau terhadap reaksi penonton mengenai filem terbaru beliau berjudul Tujuh. 

Namun, bagi Siti Saleha selain mahu mencabar diri sendiri dengan membawakan sedikit kelainan dalam lakonan beliau, bagaimanapun selepas ini beliau akan cuba untuk mengelak daripada melakonkan watak atau karakter yang boleh mencetuskan kontroversi.

” Ketika menerima tawaran untuk membawakan watak Tina lima tahun lalu, saya tidak rasa apa-apa. Saya sebaliknya menganggap ia sebagai cabaran kerana mahu mempelbagaikan watak. Tapi bila sudah bersuami dan isu LGBT hangat diperkatakan, saya jadi berdebar menunggu reaksi penonton.” Katanya

Berkongsi pengalaman memegang watak digoda gadis bernafsu ketika zaman persekolahan menjadi antara sumber inspirasi untuk beliau mendalami dan menghayati watak Tina dalam filem Tujuh terbitan Primeworks Sdn Bhd.” Jelasnya.

Sumber : Instagram @tv3malaysia

Filem bergenre seram, Tujuh turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti, Johan Ashaari, Pekin, Aeril Zafrel, Christina Suzanne, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Tujuh juga bakal menemui penonton pada 8 November ini diseluruh pawagam berdekatan.

Salma Syahbuddin