Categories: Oh Lawa

Jom Jadikan Tudung Lama Kepada Kaftan. Jahit Guna Tangan Saja!

Anda banyak tudung lama dalam almari? Jangan buang ya, anda boleh jadikan tudung lama anda kepada kaftan dengan cara yang cukup mudah. Tak perlu minta tailor jahit, anda sendiri boleh lakukannya!

Jangan tak tahu, kaftan adalah pakaian yang paling mudah dan selesa untuk digayakan. Bukan saja nampak cantik, malah anda boleh mix & match untuk nampak lebih trendy dan fashionable

Jadi, penulis nak ajarkan anda cara bagaimana untuk menjahit kaftan satin hanya menggunakan 2 helai tudung satin square sahaja. Jom, semak!

Barang yang diperlukan:

  • 2 helai tudung satin segi empat
  • Benang
  • Jarum
  • Pita pengukur
  • Gunting
  • Jarum peniti

Cara membuatnya

1. Gosok kedua-dua helai tudung tersebut sebelum menghamparkannya pada permukaan meja yang rata agar mudah untuk mengukur dan menjahitnya.

2. Kemudian, lipat kepada dua skarf tersebut untuk dapatkan garisan tengah. Sisipkan pin sebagai tanda untuk bahagian tengah.

3. Dengan bantuan daripada orang lain, acukan skarf pada badan anda, sisipkan pin sebagai penanda bahu kanan dan kiri. Pastikan ia betul-betul menandakan tulang bahu anda kerana di situ akan dijahit. 

4. Lakukan perkara yang sama pada skarf yang lagi satu. Semasa mengacu pin pada bahu cuba tindihan sisipan kain antara skarf 1 dan skarf 2.

5. Alihkan daripada badan (patung) kemudian letak semula di atas permukaan rata.

6. Pilih warna benang yang bersesuaian dengan rona kain sebelum menjahit bagi mencantumkan kedua-dua skarf tadi.

7. Pastikan jahitan tangan dilakukan dengan kemas menggunakan trik jahitan jelujur yang halus.

8. Terbalikkan bahagian skarf untuk mula menjahit bahagian tepi badan.

 

9. Pastikan anda menjahit 22 inci daripada bahagian kain paling bawah hingga ke bahagian ketiak.

10. Siap! Gayakan kaftan pendek ini bersama tali pinggang!

Selamat mencuba!

Sumber: Wanista

tex_admin