Categories: Eat TravelFeatured

Penginapan Di Great Wall Of China Pada Waktu Malam Memang Menakjubkan!

Tembok besar di China iaitu ‘Great Wall Of China’ ini memang popular di seluruh dunia. Setiap pelancong yang melawati negara China pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke tembok besar ini.

Ini kerana, ia merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Untuk pengetahuan anda, tembok besar ini merupakan binaan terpanjang yang pernah dibuat 100% oleh manusia. Ia adalah gabungan kumpulan-kumpulan tembok pendek mengikuti pergunungan di utara China. 

Apabila anda berkunjung ke tembok besar ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan seperti berbasikal di sepanjang perjalanan menuju tembok besar tersebut sambil menghayati keindahan alam sekitar yang sangat awesome!

Dengar cerita, anda boleh menikmati malam anda dengan menginap di sini. Paling menarik, konsep penginapan bilik ini adalah ‘open air’, pasti sejuk kan? Apa kata kita lihat keindahan suasana tembok besar China ini pada waktu malam. Memang tak terkata cantiknya!

Cantik kan? Jadi, bagi anda yang nak menginap di tembok besar China ini secara percuma, anda boleh sertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak Airbnb

Sumber: The Vocket, CNN Travel

tex_admin