Categories: Trending

Najib Ke SPRM Lagi?

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan akan memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke ibu pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Sumber SPRM mengesahkan Najib akan tiba 5 petang nanti.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan 1MDB.

Najib dipanggil agensi anti-rasuah itu untuk membantu siasatan berkaitan SRC International sebanyak 2 kali, iaitu 22 dan 24 Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Terdahulu, Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta pada 3 Julai lalu.

SGMS Faida