Featured By: Fadzlena Jafar March 18, 2020 @ 10:03pm

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa hari ini, mungkin akan dilanjutkan sekiranya rantaian jangkitan tidak terputus dalam tempoh dua minggu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan perintah berkenaan jika jumlah kes jangkitan COVID-19 tidak menunjukkan penurunan sehingga hujung Mac ini.

“Kita mahu rantaian jangkitan dapat diputuskan supaya jumlah orang dijangkiti COVID-19 dikurangkan. COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu. Selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas COVID-19.

“Jika tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam perutusan  khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen tempatan, jam 8 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Cetus Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Dahsyat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai ssupaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

 

Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 , dilaksanakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 membabitkan penguatkuasaan di seluruh negara bertujuan mengekang penularan COVID-19.

Selain pergerakan terhad, Perintah Kawalan Pergerakan itu juga merangkumi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial serta budaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina Titip 8 Panduan Hindari Jangkitan COVID-19

Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 sehingga jam 5 petang, 18 Mac 2020. Sumber Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, Muhyiddin merayu orang ramai untuk berada di rumah dalam tempoh dua minggu ini, bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan.

Beliau berkata, sepanjang perintah itu dikuatkuasakan orang ramai perlu berada di rumah bersama-sama keluarga, bukannya mengambil peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti di pusat peranginan.

“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini, Insya-Allah dapat dibendung.

“Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampung, penuhi jemputan kenduri, membeli-belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.

“Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah. Stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga),” katanya.

Sehingga jam 5 petang tadi, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 117 kes baharu dikesan menjadikan keseluruhan 790 jangkitan COVID-19 di Malaysia dengan dua kematian.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara bagi rakyat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jun 2019
Featured Fri, 28 Oct 2022
Events Thu, 23 Nov 2023

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Golongan wanita memang tak boleh rasa pressure. Confirm kacau semua benda.😥

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Featured Thu, 15 Sep 2022

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Somehow ada betul apa yang Finaz cakapkan ni… ‘Title’ tu tanggungjawab yang besar bukan sekadar populariti 😌

Featured Tue, 3 Apr 2018

Ini Cara Nak Masak Ayam Goreng Ala KFC, Semestinya Menjilat Jari

Ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini.