Eat Travel By: tex_admin December 25, 2018 @ 12:00pm

Resipi Popiah Lapis Paling Rangup & Sedap

Anda pernah makan popiah lapis? Rasanya, kalau yang ada dijual di kedai-kedai popiah biasa sahaja kan? Tapi, kali ini penulis nak kongsikan resipi popiah lapis yang sangat rangup!

Untuk pengetahuan anda, popiah lapis rangup ini ada orang memanggilnya sebagi popiah pankek rangup kerana bentuknya yang nipis dan berlapis. 

Cara membuatnya tersangatlah mudah dan boleh pelbagaikan inti popiah ini mengikut citarasa anda tersendiri. Sekiranya anda sukakan pedas, boleh campurkan sedikit serbuk cili ataupun hirisan cili padi. Boleh juga letakkan sedikit cheese, sayur-sayuran dan boleh gantikan ayam kepada daging ataupun udang. 

Jadi, jom lihat video ini untuk mengetahui cara membuat popiah lapis rangup.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Buat Orang Lapo (@buatoranglapo) on

Bahan-bahan yang diperlukan

250 gram ayam cincang

1/2 biji bawang merah, dihiris halus

3 ulas bawang putih, dihiris halus

3 tangkai daun bawang, dihiris halus

4 sudu besar tepung jagung

1 biji telur

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuh lada putih

Kulit popiah

Air 

Minyak masak

Cara-cara membuatnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Buat Orang Lapo (@buatoranglapo) on

1. Masukkan ayam cincang, hirisan bawang merah, bawang putih, daun bawang, tepung jagung dan telur, garam, serbuk lada hitam dan lada putih ke dalam mangkuk. Kemudian, gaul sehingga rata dan ketepikan.

2. Ambil sehelai kulit popiah dan potong kepada 2 bahagian. (Rujuk video)

3. Ambil 1 sudu adunan ayam tadi dan letak di atas helaian kulit popiah tersebut. Ratakan isinya letakkan air (guna jari) di sekeliling kulit popiah dan lipatkan. (Rujuk video)

4. Letakkan sedikit minyak di dalam pan. Apabila minyak sudah panas, gorengkan popiah tadi sehingga garing. (Rujuk video)

5. Siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan bersama sos cili dan air teh O panas! 

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jul 2023
Featured Thu, 16 May 2019

Keliru waktu berbuka puasa dan imsak ketika dalam penerbangan? Ini panduannya

Bagi anda yang kaki jalan, info ini untuk anda hadam!

Featured Thu, 23 Dec 2021

Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi. Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti […]

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Wed, 29 Apr 2020

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Virus didapati bermutasi dengan cepat

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Wed, 25 Mar 2020

Dalam kekalutan COVID-19, kisah Kopi Dalgona sempat mencipta fenomena!

Orang Malaysia walau susah hati, makan tetap makan!