Featured By: Yanie Baharom March 25, 2020 @ 12:00pm

Dalam kekalutan COVID-19, kisah Kopi Dalgona sempat mencipta fenomena!

Sepanjang lapan hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, demografi paparan kandungan dalam media sosial juga seakan berubah.

Sebelum merebak wabak COVID-19 misalnya,  entri pengguna dalam Instagram dipenuhi dengan foto-foto #ootd (outfit of the day), keadaan di pejabat, makan angin atau makan di kafe-kafe hipster.

Tapi semenjak PKP dikuatkuasakan, selain foto #throwback, pengguna turut menyebarkan informasi dan mesej kesedaran mengenai COVID-19, seperti berlakunya ‘perang dapur’ baik dalam kalangan selebriti mahupun orang biasa.

Masing-masing seakan berlumba mempamerkan skil memasak sehinggakan rakyat di negara lain pelik dengan sikap orang Malaysia, yang makin dikurung makin meriah lauk-pauk setiap hari.

Nak buat macam mana orang Malaysia memang suka makan!

Scha Alyahya turut mencuba resipi kopi dalgona. Foto: Instagram Awal Ashaari

Secara tiba-tiba juga perihal Dalgona Coffee atau Kopi Dalgona menjadi tular. Pelakon, pengacara dan fesyenista, Scha Alyahya antara selebriti yang sempat mencuba resipi minuman viral ini.

Rupa paras kopi ini sememangnya menggiurkan. Nampak seperti rumit untuk dibuat, tetapi sebenarnya mudah sahaja.

Anda hanya memerlukan Nescafe atau sebarang kopi yang anda suka, gula, susu segar dan ais sebagai tambahan.

Memandangkan, sana-sini sibuk orang bercerita mengenai kopi Dalgona ini, Hijab & Heels ingin berkongsi cara membuatnya tanpa menggunakan pengadun.

Foto: Twitter

Bahan-bahan (untuk 2-3 cawan)

3 sudu besar Nescafe

3 sudu besar gula

1 kotak susu segar

Ais

Cara membuatnya:

  1. Masukkan Nescafe ke dalam bekas pengadun diikuti gula.
  2. Kemudian masukkan 3 sudu air panas dan gaulkan adunan.
  3. Langkah seterusnya pukul adunan tadi dengan garfu atau pemukul telur sehingga menjadi meringue.
  4. Masukkan susu segar ke dalam cawan berisi ais (jangan penuh).
  5. Seterusnya masukkan meringue Nescafe tadi.
  6. Kacau rata dan minum!

Mudahkan. Untuk panduan yang mudah, boleh tonton video di bawah ini. Jom cuba!

Sumber: YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 May 2023

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Lari-Lari pergi mana tu? Comel je Dinda ni!

Featured Tue, 18 Apr 2023
Trending Fri, 5 Mar 2021
Trending Wed, 5 Dec 2018

无头人存活15年?无头人真相曝光(真实存在)

说到头部绝对是人体十分重要的部位,而且一般来说头掉了就活不了。但是近期居然传出美国某位女子头和身体分开了,但是她依旧存活着甚至已经活了15年了,这是怎么回事呢?