Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2022 @ 4:29pm

Lakukan Perbuatan Lucah Melampau, PU Azman Akhirnya Hadapi 5 Pertuduhan Amang Seksual

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki sekitar Februari dan Julai lalu.

PU Azman, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Datin Surita Budin sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Memetik laporan Berita harian, pelakon dan pendakwah selebriti itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan lucah melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah yang terletak di Taman Tiara Sendayan Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual Pendakwah Selebriti: 7 Laporan Polis Telah Dibuat, Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

ARTIKEL BERKAITAN:“3 Tahun Masuk Wad Psikiatri” – Mangsa Gangguan Seksual Pendakwah Selebriti Tuntut Keadilan Segera

Difahamkan, tertuduh juga melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun pada 6 Julai 2022 di ruang tamu rumah yang sama antara jam 3 pagi hingga jam 5 pagi dan pada 5 Februari 2022, antara kira-kira jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun termasuklah menerima sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bagaimanapun, peguam Mohammad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwah Selebriti Didakwa Hari Ini, Hukuman Penjara 20 Tahun, Sebatan Jika Terbukti Bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:“Dakwaan S*ks Luar Tabii, R*gol, Cabul” – Pendakwah Selebriti Direman Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:6 Lagi Tampil Buat Laporan Kes Pendakwah Selebriti, Mangsa Alami Trauma

ARTIKEL BERKAITAN:“Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga” – Imam Muda Hassan Terkesan Dengan Isu Pendakwah Tak Bermoral

 

Sumber / kredit foto: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 May 2023

[VIDEO] Luah Rasa Rindu Nak Travel, Neelofa Pilih Berehat Seketika & Mahu Bina Keluarga – “Buat Anak, Dah Besar Baru Bercuti Sama”

Wahh bestnyaaa!! Penting untuk mencipta memori dan kenangan manis dengan anak-masa masa kecil, lepastu baru bercuti luar negara ❤️❤️

Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Mon, 7 May 2018

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Events Tue, 4 Sep 2018
Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.