Featured By: Atiqah Johari April 18, 2023 @ 12:11pm

“Berjaga-Jaga Jugalah Tapi…” – Percaya Kekuatan Doa, Shiha Zikir Tak Guna Pendinding Untuk Perniagaan

Penyanyi, pelakon dan usahawan, Shiha Zikir menjelaskan bahawa dirinya percaya dan berserah dengan aturan Allah SWT atas penglibatannya dalam semua perkara.

Jelas Shiha, dia hanya berdoa dan tidak pernah terlintas untuk menggunakan ‘pendinding’ sebagai langkah berjaga-jaga dalam perniagaannya yang memiliki banyak persaingan.

“Doa sahaja. Benda tu kan kita buat apa-apa pun kan mesti ada jugak ‘benda’ itu. Jadi, Shiha betul-betul berserah je. Saya sangat percaya soal rezeki,” kata Shiha.

Malah, Shiha berkongsi bahawa dia telah bersedia daripada perkara negatif tersebut sejak awal penglibatan dalam industri seni lagi.

Tambahnya, dia percaya dengan rezeki yang Allah telah tetapkan untuknya.

“So, ‘benda’ itu Shiha dah ready daripada dulu walaupun bukan kerana kedai makan… apa-apa jugak yang Shiha buat… baik keluar lagu ke semuanya mempunyai harapan yang sama.

“Setiap kali kita nak buat, kita mesti nak orang terima tapi apa jadi kalau orang tak terima. Kalau apa jadi benda-benda negatiflah tapi Shiha seorang yang dah get ready daripada dulu.

“Sebab Shiha trust rezeki kalau ada, ada. Kalau tak ada, buatlah macam mana pun tetap tak ada tapi berjaga-jagalah macam mana pun kan Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Shiha ditemui di Majlis Iftar Prihatin dan Kopena Bersama Media dan rakan strategi yang berlangsung di Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam.

Untuk info, pelantun lagu Tusuk ini turut berkecimpung dalam dunia perniagaan dan baru sahaja membuka sebuah restoran nasi ayam di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Umum Bakal Buka Restoran Nasi Ayam 16 Mac Ini!

Terbaharu, Shiha juga melancarkan sebuah lagu raya yang berjudul Jom Balik Raya yang menampilkan kakaknya, Ieda Zikir dan ibunya dalam muzik video tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Munafik 2 Bocor Di Laman Sosial Buat Mawi Bengang?

Sebenarnya benda ini dah lama berlaku cuma kali ini, suspek itu ‘terkena’. Tolonglah berhenti buat kerja macam ni ya!

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Belum Mati Nak Warisi Hak Saya !

Perselisihan faham antara Asyraf Mazlan dan Wak Doyok masih belum selesai kini timbul pasal menuntut hak-hak terutama sekali jenama Wak Doyok

Trending Thu, 3 Dec 2020
Featured Thu, 15 Feb 2024

Seniwati Sarimah Ahmad Kini Bebas Kanser Usus – “Saya Rasa Sakit Dah Lama Tapi…”

Alhamdulillah, moga Datuk dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah❤️