Featured By: Yanie Baharom December 20, 2019 @ 10:56am

Selain wajah seiras, Mini Lofa dan Neelofa kongsi pangkal nama bunga

Heboh sekitar minggu lalu, kembar kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor ditemui.

Apa yang membuatkan netizen tambah teruja, sosok yang dikatakan kembar seiras kepada Neelofa itu bukan seorang wanita dewasa sebaliknya kanak-kanak berusia 5 tahun.

Meskipun Neelofa jarang berkongsi fotonya ketika zaman kanak-kanak, namun persamaan wajah Che Naura Auni Che Fahdlullah yang beredar dan tular di Twitter, memberi bayangan begitulah agaknya wajah Neelofa semasa kecil.

Semuanya tercetus apabila seorang pengguna Twitter bernama Sara memuat naik gambar anak saudaranya, sebelum turut mendapat perhatian selebriti popular berkenaan. Sehingga kini, status tersebut telah meraih lebih 16 ribu retweets.

Bahkan, selebriti wanita itu turut mengakui persamaan yang dimiliki mereka berdua.

“Tengok orang cakap nampak sama, saya pun nampak persamaannya,” kata Neelofa yang mengulang kicau kiriman asal.

Mini Lofa diundang ke set MeleTOP

Foto: Twitter

Siapa sangka, kuasa viral akhirnya mempertemukan Neelofa dengan mini Lofa iaitu Naura dalam satu segmen khas rancangan temu bual sensasi MeleTOP pada malam rancangan berkenaan disiarkan.

Meskipun kelihatan agak gugup pada mulanya, namun respon bersahaja kanak-kanak berusia 5 tahun ini membuatkan para hos dan penonton di studio berasa sangat terhibur.

Ketika Neelofa mengajukan soalan kenapa Naura menyukainya dalam dialek Kelantan, mini Lofa itu menjawab, “comel, cantik, susu” sekali gus mengundang tawa penonton.

Foto: Twitter

Tahi lalat, bibir, bentuk mata, kening dan asal juga sama

Sambil memangku kanak-kanak bertuah itu, Neelofa sendiri menyatakan bahawa wajah Naura persis dirinya sewaktu kecil dahulu, malah menyebut tahi latat di bahagian bawah mata kanan dan bibir Naura  juga sama sepertinya.

Dalam pada itu, bapa si comel tersebut (Che Fadhlullah) turut memaklumkan bahawa negeri kelahiran mereka berdua juga sama iaitu di Kelantan.

Fadhlullah juga tidak menafikan, mungkin isterinya yang kini sedang berpantang terkenan wajah Neelofa sewaktu mengandungkan Naura.

Di hujung rancangan pula, selebriti lain juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Mini Lofa ini.

Pangkal nama bunga

Suratan atau kebetulan, yang pasti Neelofa dan Naura berkongsi pangkal nama yang membawa maksud bunga.

Neelofa atau ejaan dalam kamus nama-nama baik dalam Islam yang dieja Nilofar membawa pengertian bunga teratai biru. Manakala Naura atau Naurah, maksudnya adalah bunga.

Rasa macam Neelofa dukung anak sendiri!

Kalau Neelofa ada anak, mungkin wajahnya seperti Naura. Susulan pertemuan yang sangat bermakna itu, majoriti netizen mengakui bahawa adik Naura Auni memiliki wajah yang seakan sama dengan mogul fesyen itu.

Rata-rata mereka yang menyaksikan segmen itu turut berseloroh seakan-akan dapat melihat wajah bakal cahaya mata Neelofa suatu hari nanti!

 
 
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

mini ME ! They finally found the new host for @meletop

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 May 2024

Warganet Sifatkan Tak Sesuai Pakai Baju Tonjol Dada Kerana Baru Balik Umrah, Ruhainies Kena Kecam

Wow! tak pernah lagi tengok Ruhainies pakai macam ni❤️🔥

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Featured Fri, 7 Dec 2018
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭