Featured By: Ad Ops August 2, 2019 @ 5:00pm

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 4.2 juta orang di seluruh dunia maut setiap tahun akibat terdedah kepada pencemaran udara.

Malaysia sendiri sering ditimpa masalah jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan di negara jiran.

Apabila anda menghirup udara jerebu, bahan pencemaran ini akan menembus dan menginflamasikan lapisan paru-paru dan tiub bronkial anda.

Akibatnya, anda akan mengalami masalah yang berkaitan dengan pernafasan, seperti bronkitis kronik, penyakit jantung, kanser paru-paru, asthma, semput dan batuk.

Penyakit jantung atau masalah pernafasan yang anda sedia ada akan bertambah buruk jika anda terdedah kepada udara yang tercemar.

Walaupun kadangkala punca jerebu ini tak dapat dielakkan, anda masih boleh melindungi diri anda dengan melakukan perkara-perkara tertentu.

Yang paling ketara, anda perlu kurangkan aktiviti di luar seperti bersenam. Jika anda perlu keluar pun, pastikan anda pakai topeng muka. Dan kalau boleh, kurangkan penggunaan kenderaan bermotor.

Selain itu, apa yang anda makan juga boleh membantu. Kajian menunjukkan sesetengah bahan makanan yang kaya dengan vitamin C dan E boleh bantu ‘membersihkan’ ⁷sistem dalam badan anda, terutamanya sistem pernafasan.

Ini adalah kerana bahan-bahan ini kaya dengan antioksida dan ia juga berciri antiinflamasi. Menurut Cambridge Mask, antaranya adalah:

1. Minyak zaitun

Alpha-tocopherol, jenis vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun, mampu memperbaiki fungsi paru-paru. Asid lemak di dalamnya juga boleh membantu mengurangkan inflamasi.

Cara terbaik untuk mengambil minyak zaitun dan menikmati khasiatnya ialah menerusi resipi salad. Pendedahan terhadap api boleh mengubah komposisi kimianya serta menghapuskan khasiatnya.

2. Flaxseed

Foto: Real Food For Life

Ia mengandungi jumlah phytoestrogen dan asid lemak omega-3 yang tinggi. Phytoestrogen berciri antioksida dan membantu mengurangkan simptom asthma dan reaksi alergi lain.

Anda boleh menikmati flaxseed sebagai hidangan smoothie, salad ataupun ramuan roti.

3. Avokado

Menurut kajian oleh King’s College di London, dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti avokado dan bayam, seseorang itu boleh melawan kesan jerebu.

4. Brokoli

Foto: SoDelicious Recipes

Satu kajian oleh Universiti Johns Hopkins mendapati orang yang makan brokoli mengumuhkan toksin yang dikaitkan dengan pencemaran ozon dan zarah yang tercemar.

Perkumuhan ini terjadi kerana adanya sulforaphane, sejenis kompaun antikarsinogen yang terkandung di dalam brokoli.

Penyelidik dalam kajian ini telah memberi peserta minuman yang mengandungi air, jus limau, nanas dan serbuk batang brokoli. Minuman bagi kumpulan peserta yang terkawal tidak mengandungi serbuk brokoli berkenaan.

Peserta yang mengambil minuman brokoli tadi didapati mengkumuh lebih banyak karsinogen yang dinamakan benzene dan perengsa paru-paru yang dikenali sebagai acrolein.

5. Tomato

Di dalam diet anda juga perlu ada banyak tomato segar kerana mereka mengandungi lycopene, sejenis antioksida yang melindungi anda daripada penyakit yang melibatkan pernafasan.

Menggunakan bahan makanan untuk melindungi diri daripada kesan pencemaran udara bukan saja selamat dan mudah, ia juga murah.

Sementara kerajaan anda bekerja untuk menyelesaikan masalah jerebu ini, anda boleh bertindak dengan mencari jalan demi kesihatan anda sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022

Anthony Loke Menyamar Lagi.. Kali Ini Tinjau Situasi KTM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyamar sebagai penumpang biasa bagi meneliti dan memeriksa sendiri keadaan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Loke menaiki […]

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

familuv Wed, 28 Aug 2019
Featured Thu, 6 Feb 2020

10 cara berkesan untuk kuruskan badan, nombor 10 paling mudah!

Tanpa perlu senaman keterlaluan atau kurangkan makan 

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Sun, 11 Apr 2021

KKM Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Lebih Awal Sempena Aidilfitri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk melakukan keputusan membenarkan Pergerakan rentas negeri lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat […]

Featured Thu, 3 May 2018

3 Bahasa Asing Ini Boleh Menjanjikan Peluang Pekerjaan Yang Luas Untuk Anak Anda Kelak

Nanti senanglah nak berkomunikasi atau mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa.