Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2022 @ 5:00pm

Cef Ammar Berang, Pelanggan Biadap Marah Staf Gara-Gara Beri Keutamaan Buat Wanita Mengandung -“Netizen Malaysia Dah Takde Common Sense Ke?”

Selepas siri kontroversi melibatkan harga Tel Aviv nasi Arab dan jumlah pembelian bagi setiap individu telah dihadkan kini, lain pula ceritanya apabila Cef Ammar berdepan dengan perangai pelanggan yang ‘biadap’.

Ia susulan sebuah video yang tular sejak Rabu, apabila Cef Ammar dilihat berang selepas pekerjanya dimarahi pelanggan gara-gara memberi keutamaan kepada wanita mengandung.

Menerusi perkongsian video Tik Tok yang kini menerima lebih 357,000 tontonan sejak ia dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai @mohdarizan, Cef Ammar dilihat sempat menjelaskan kepada pihak berkuasa yang bertugas tentang keadaan sebenar yang menimpa pekerjanya itu.

“Awak pergi train bagi orang mengandung duduk, you pegi mana-mana bagi orang mengandung duduk, senior citizen duduk, OKU duduk. Dia marah-marah buat apa! Dia sudah blah lah.

“Sorry lah abang, saya tak buat salah…saya tak paksa dia tunggu 4 jam, 5 jam, 6 jam. Awak nak tunggu, tunggulah… ada makan saya bagi lah.

“Dia bukan manusia ke? Dia tunggu 3 jam, dia pun kerja, berdiri 3 jam juga,” katanya.

Menjengah di ruangan, rata-rata warganet tidak berpuas hati terhadap perangai segelintir masyarakat Malaysia yang bertindak seperti tidak mempunyai sikap sivik dan toleransi apatah lagi ia melibatkan wanita mengandung.

Sementara itu, warganet turut memuji tindakan Cef Ammar dan pekerjanya kerana walaupun setiap hari menerima pelanggan yang begitu ramai, namun keutamaan tetap diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan termasuklah, wanita mengandung dan juga warga emas.

@mohdarizanTerbaik Cheff, kasi ajar sikit..♬ original sound – Mohd Arizan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Aug 2020

Gangguan Bekalan Air Di Gombak Kini Pulih

Alhamdulillah, bekalan air dah pulih!

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

Featured Thu, 14 Oct 2021

Netizen Berang Youtuber Berani ‘Prank’ Warga Emas Di Mall

Tular satu video yang dimuat naik oleh Youtuber, Mizan Majid di mana dia menerima kecaman daripada warganet susulan ‘content’ yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Video berdurasi 9 minit itu kemudiannya dikongsi oleh seorang

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Caprice Tawar RM30K?

Sama-sama kita mendoakan semoga Caprice sentiasa dalam lindunganNya.

| Live TV