Featured By: Ad Ops May 18, 2018 @ 1:00pm

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Rasanya ramai orang Malaysia tak biasa menggunakan benang floss untuk membersihkan gigi. Dari kecil, mereka diajar untuk berus gigi, tapi benang floss ini penting juga sebenarnya.

Kegunaannya adalah untuk mengeluarkan plak dan sisa-sisa makanan yang terperangkap di celah-celah gigi, yang berus gigi tak dapat nak bersihkan.

Foto: http://scis.us

Kevin B. Sands, seorang doktor gigi kosmetik dari California berkata, “Anda mesti floss gigi anda setiap hari kerana plak terbentuk dalam masa 24 jam.”

Paling ideal ialah dua kali sehari, tapi kadang-kadang kita tak ada masa nak floss walaupun sekali sehari.

No problem. Kalau anda boleh floss sekali saja pun, pilih waktu malam kerana kelenjar air liur anda mengeluarkan plak ketika anda tidur.

Supaya ia efektif, anda perlu selitkan benang di antara setiap gigi dari atas sampai ke bahagian gusi. Jangan buat cincai-cincai!

Awas!

Walaupun alat ini bagus, Kevin tak mengesyorkan anda menggunakan benang floss yang berbentuk batang (floss picks).

www.msn.com

Katanya, jika ia tidak digunakan dengan betul, ia berpotensi untuk merosakkan tisu papilla (bahagian gusi di antara setiap batang gigi).

Foto: Pinterest

Ramai orang akan gosok-gosok gusi mereka dengan floss itu macam gergaji. Mana gusi tak rosak? Jika begitu, gusi anda takkan tumbuh semula melainkan anda memakan ubat khas untuknya. Nanti ada pula ruang kosong di celah-celah gigi di mana lebih banyak kotoran boleh tersekat.

Lagipun, floss picks ini direka untuk diguna semula. Selagi anda menggunakannya, selagi itu ada kuman yang sentiasa tersangkut di bahagian benang alat ini. Eeeee!

Lebih elok anda gunakan benang floss biasa saja daripada floss picks. Walaupun ia lebih mudah untuk dipakai, ia memberi kesan buruk kepada gusi anda.

Secara kesimpulannya, sediakan beberapa minit sebelum tidur untuk floss gigi anda. Nescaya gigi anda akan kekal sihat.

Sumber: MSN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] Asyraf Khalid Beri Hadiah Kereta Tesla Pada Tya Arifin Sempena Anniversary Ke-7 Tahun!

Wahh, semoga terus dimurahkan rezeki buat pasangan bahagia ni 🤩❤️

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Neelofa Disamakan Dengan Guru PJ – “First Time Nampak Pakai Simple”

Walaupun netizen cakap macam cikgu PJ 😂 tapi Lofa pakai tudung sarung macam tu pun cantik gila 😭