Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2021 @ 4:00pm

Jumpa Doktor Setiap Minggu, Shuib Akui Beremosi Sepanjang Bergelar Bapa Tunggal

Pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia Ogos lalu.

Walaupun anak-anak menjadi keutamaan namun dia tidak menidakkan berdepan emosi diri sendiri adalah perkara paling sukar sepanjang bergelar bapa tunggal.

Memetik laporan Mstar, Shuib turut menyifatkan kehilangan Siti Sarah bagai meragut segalanya kerana sebelum ini semua perkara dikongsi bersama isteri termasuklah dari segi kerjaya dan juga perniagaan.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya. Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.

“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara,”katanya.

Malah, Shuib juga memaklumkan,  dia akan menziarahi kubur isterinya itu pada setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsi perasannya selain berjumpa dengan doktor pada setiap minggu untuk pemeriksaan kesihatan mental.

“Setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.

“Lebih kurang pakar psikiatri, ia bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita,” jelasnya.

Bagaimanapun, Shuib bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat baik dan banyak membantu terutamanya dalam menguruskan hal anak-anak.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu akibat jangkitan COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Alhamdulillah, I’m A Mother- Juliana Evans

Pelakon drama Mimpi Sabrina ini memuat naik sekeping foto dan mengucapkan syukur.

Events Fri, 1 Nov 2019
Trending Fri, 5 Jun 2020

Pasar Di Selangor Akan Mula Dibuka Esok

Khas buat penduduk Selangor..

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Thu, 3 Nov 2022
Featured Sun, 23 Oct 2022
error: Content is protected !!