Trending By: Padin June 23, 2021 @ 9:14am

PKP 3.0 Disambung Atau Tidak? Keputusan Bakal Diumum 2 Atau 3 Hari Sebelum 28 Jun

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal disambung atau beralih ke fasa seterusnya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal diumumkan dua atau tiga hari sebelum 28 Jun ini, berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah.

“Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

“Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi (sebelum tarikh akhir PKP) sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih (ke fasa seterusnya) sebelum pengumuman rasmi dibuat.

“Perkara itu (PKP diteruskan atau tidak) akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang saya pengerusikan untuk menilai keadaan semasa pandemik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir, Johor, semalam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 11 Oct 2022
Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

Featured Wed, 20 Sep 2023

Handal Dalam Bidang Muzik & Masakan, Sid Murshid Tak Syok Sendiri

Power lah Sis! Semua dia boleh🙌🙌🙌

Trending Tue, 28 Jan 2020
Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Trending Fri, 26 Nov 2021

Min Yasmin Realisasi Impian Konsert Solo Dalam Negara

Penyanyi Min Yasmin atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz, 33, gembira kerana hasratnya untuk mengadakan konsert solo dalam negara bakal menjadi kenyataan. Bakal berlangsung di Sandakan, Sabah pada Mac tahun depan, konsert Min Yasmin […]