Featured By: Salma Syahbuddin September 20, 2023 @ 6:38pm

Handal Dalam Bidang Muzik & Masakan, Sid Murshid Tak Syok Sendiri

Selepas lagu Pisang Goreng Power dan Lelah, pencipta  kandungan (Content Creator), Sid Murshid mula mendapat perhatian selepas gosip bersama pengacara sensasi, Hawa Rizwana tular baru-baru ini.

Menurutnya, gosip yang timbul secara tidak langsung menjadi batu loncatan untuk menjadikan dirinya semakin dikenali, malah pengikutnya juga semakin bertambah selepas kontroversi tersebut viral di platform media sosial.

“Memang rasa perbezaan tu sebab lepas je kontroversi tu, it is neutral to feel that because what we did macam biasa dan saya ambil segala kecaman tu dengan baik untuk improve cara saya memasak.

“Lagipun selepas kontroversi tu, followers di TikTok meningkat menjadi 150,000 dan di Instagram followers saya kini mencecah lebih 200,000 pengikut,” katanya.

Sid berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single dan muzik video terbaharunya berjudul, ‘I X Kesah’ yang diadakan di Loud Speaker, Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bukan syok sendiri

Dalam pada itu, pemilik nama Murshid Mahmud, 30, mengakui, handal dalam bidang masakan dan muzik merupakan satu bonus untuk dirinya sekaligus menepis tanggapan orang ramai yang mengatakan dia syok sendiri dek kerana mahir dalam kedua-dua bidang.

Bahkan, dia gemar mengekspresikan perasaan dan minatnya terhadap sesuatu menerusi lagu.

“Saya tak kisah kalau dikatakan syok sendiri, tapi saya berharap lagu ini saya hendak memperkenalkan diri saya kepada orang ramai bahawa saya ni sebenarnya seorang penyanyi terlebih dahulu sebelum menjadi content creator.

“Walaupun nama saya dikenali mungkin sebab kecaman tapi alhamdulillah. Saya just nak bagitahu kepada orang ramai bahawa passion sebenar saya adalah muzik,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai lagu ‘I X Kesah’, Sid berkata, dia ingin menyampaikan sebuah mesej tentang betapa pentingnya setiap individu itu menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.

“Saya berharap lagu ini menjadi inspirasi kepada orang ramai yang kadang-kadang lupa untuk menghargai diri sendiri. Lagu ini merupakan buah tangan untuk mereka yang sentiasa bertanya mengenai lagu baharu saya, dan saya juga berharap ia akan mendapat sokongan dan tempat di hati para peminat seperti lagu-lagu sebelumnya iaitu ‘Lelah’, ‘Biarkan’, ‘Rakaman’, dan banyak lagi,” ujarnya.

Sekadar info, ‘I X Kesah’ boleh didapati di semua platform digital seperti,  Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music bermula  22 September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020

Jumlah Jemaah Haji Adalah Terhad Pada Tahun Ini

Semoga keputusan ini baik-baik sahaja buat semua

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Ara Johari Selesa Dengan Rambut Pendek

Ara Johari mengakui belum bercadang untuk tampil dengan imej berambut panjang.

Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Selebriti Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Ini Hadiah Mark Adam Buat Ibu Tercinta

Semoga murah rezeki Mark Adam!

Hiburan Tue, 12 Mar 2019
Trending Wed, 7 Mar 2018

Fattzura Jemput 5000 Peminat Bertuah Ke Majlis Resepsi Ahad Ini…Untunglah!

Berita gembira buat peminat pasangan popular, Fattzura! Artis kesayangan anda bakal mengundang 5,000 peminat bertuah untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi mereka yang bakal berlangsung di Royale Palace, Shah Alam, Ahad ini.

Featured Tue, 19 Mar 2019

Senaman Tabata Buat Lemak Anda Menangis

4 minit Tabata sama seperti 40 minit berjoging!

FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Featured Mon, 4 Apr 2022