Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 9, 2021 @ 8:00pm

“I’m Sorry, But My Mom Didn’t Raise Me To Be Bodoh-Bodoh…” Bidas Kenyataan Prof Muhaya, Dr Amalina Tampil Dengan Statement Padu

Nampaknya ramai pihak kurang berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakar Mata yang cukup dikenali ramai iaitu Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad yang kononnya, wanita tidak seharusnya menyaingi kaum lelaki menerusi videonya yang bertajuk Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.

Video berdurasi 56 saat yang dikongsikan oleh Prof Muhaya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan ianya sebagai ‘menjatuhkan’ standard golongan wanita yang bekerja keras tidak kiralah dari segi pendidikan atau kerjaya.

“I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bodoh-bodoh sikit’… You are sending the wrong message…”

Membidas kenyataan terbabit, Dr Amalina Che Bakri tampil memberikan pendapat beliau berkenaan isu ini menerusi hantaran di laman Twitter miliknya.

Menurut pakar bedah itu, wanita tidak perlu untuk menurunkan tahap intelektual mereka semata-mata mahu menarik perhatian lelaki.

Dan berpendapat agar Prof Muhaya tidak member ulasan yang salah kepada wanita-wanita yang sedang berusaha untuk mencari jodoh.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Dr Amalina berkenaan isu wanita tidak perlu jadi ‘bodoh’ semata-mata mahu mendapatkan jodoh.

Bagaimanapun,terdapat segelintir yang ‘faham’ dengan apa yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya menerusi ceramah beliau itu namun tidak menyangka isu ‘bodoh sikit’ yang disebut dalam ceramah tersebut mengundang perbalahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

Uqasha turut menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini tidak seharusnya disalah tafsir

Featured Thu, 13 Mar 2025

Rugi Setengah Juta, Noraniza Idris Keluar Duit Sendiri Bayar Gaji Pekerja – “Saya Kumpul Wang Persembahan & Simpanan Anak-Anak”

Noraniza berharap agar pihak terlibat memberikan kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Trending Mon, 22 Jul 2019

Awas! Ada Tujuh Aplikasi Mudah Alih Bahaya Kini Tular….?

Pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing.

Trending Tue, 2 Jun 2020
Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Wed, 13 Jun 2018

Raya Ini, Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

error: Content is protected !!