Trending By: SGMS Enal September 10, 2019 @ 11:44am

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

Nama Dr Amalina Che Bakri merupakan satu nama yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia atas kejayaannya menceburi bidang perubatan dan sehingga sekarang masih berkhidmat di luar negara. Nama beliau tidak pernah lekang daripada bibir masyarakat ekoran kejayaan-kejayaan yang diraih dirinya.

Terbaru, Dr Amalina sekali lagi menjadi bualan masyarakat selepas dirinya menjadi titik permulaan dalam usaha membuang Germ Cell Tumour pada bahagian mulut adik Ainul Mardhiah. Usahanya mengumpulkan barisan pakar perubatan dari dalam dan luar negara telah membuahkan hasil apabila adik Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan dan kini telah pulang ke tanah air dan berada dalam keadaan yang stabil.

Namun begitu, disebalik pelbagai kejayaannya, ada juga segelintir masyarakat yang tidak menyenangi terhadap perkongsian-perkongsian yang dibuat terutamanya di laman sosial miliknya. Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh Dr Amalina sendiri di laman Twitter miliknya, terdapat individu yang menurunkan komen yang tidak sepatutnya terhadap Dr Amalina.

Berdasarkan komen tersebut, individu terbabit mempersoalkan kebenaran terhadap perkongsian yang dibuat oleh Dr Amalina. Tambahnya lagi, disebabkan Dr Amalina mempunyai pendidikan yang tinggi sehingga di luar negara, masyarakat perlu bersetuju dengan segala perkongsiannya.

Walaupun komen berkenaan dilihat mempunyai unsur negatif, namun Dr Amalina tidak terus melenting. Sebaliknya, Dr Amalina memberi reaksi balas dengan kata-kata positif tanpa menghiraukan kebencian individu terbabit.

“Yeeeep saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ? dan saya cintakan awak juga”

Komen balas oleh Dr Amalina tanpa sebarang unsur negatif mendapat pujian rata-rata netizen dan turut menginspirasikan sikap beliau yang sentiasa positif.

“Biar orang membenci, jangan kita membeci. Steady dr Amalina”

“How do Dr. Amalina cope with all of this kind of people by replying to them with such a positive words”

“Kalau orang benci kita, bermakna kita ni bagus sebenarnya”

Kredit: Twitter Dr Amalina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jan 2023
Trending Sat, 5 Dec 2020
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Mon, 10 Apr 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022

“Jangan Kata Handsome Tau, Kata Cantik!”- Aksi Gelek Cik B Dengan Rambut Pendek Raih Perhatian

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya  Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin menjadi tumpuan netizen di media sosial. Baru-baru ini, Cik B telah menjadi bualan hangat warganet apabila memutuskan […]