Featured By: Aqilah Paharuzi August 29, 2023 @ 7:21pm

Usia Band Lebih 10 Tahun, Pernah Lalui Fasa Turun Naik… The Alif Kembali Semangat! – “3 Tahun Hibernate…”

Band genre Brit Pop, The Alif mengakui pernah mengalami situasi sukar sepanjang lebih 10 tahun kumpulan mereka diwujudkan sejak 2010.

Menurut vokalis The Alif dikenali sebagai King, dia tidak menafikan band mereka pernah melalui fasa hibernate selama tiga tahun.

Kali terakhir mereka mengeluarkan single adalah pada tahun 2020, dan mula aktif semula pada tahun ini.

“Memang betul, kami ada melalui fasa-fasa ups and down. Semasa tahun 2019, kami memang tengah down. Salah satu sebab kami hibernate selama tiga tahun sebab wabak COVID-19.

“Ada lagi isu-isu lain macam bandmates keluar masuk bertukar orang lain dan sibuk produce artis lain,” ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana band The Alif kembali bersemangat, King berkata segalanya bermula ketika hadir menonton konsert Dewa 19.

“Antara salah satu faktor yang menyuntik semangat dalam The Alif band ni masa tu pergi konsert Dewa 19, jumpa dengan Shah Chacha (Drum).

“Selain itu, Abang Jay Cugat (pemain gitar) selalu datang ke rumah bagi motivasi dan semangat,” tuturnya ketika ditemui di majlis pelancaran album pertama The Alif ‘Menakluk Jagatraya’.

Meskipun kurang dikenali di Malaysia, namun The Alif meluahkan rasa syukur apabila lagu-lagu hits mereka seperti Radio dan Hujan Di Jendela mendapat tempat di hati peminat Brunei dan Singapura.

Malah, lagu-lagu tersebut sering dimainkan menerusi corong-corong radio di negara tersebut.

Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri seni, The Alif akhirnya mengeluarkan album pertama yang diberi nama unik ‘Menakluk Jagatraya’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Fairuz Sekadar Kawan, Wany Hasrita Minat Lelaki Sawo Matang

Wany memohon agar netizen tidak terus mensensasikan gossip  tersebut sehingga memberi impak tidak baik kepada ibunya.

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyakit apa pulak tu😱😨 Semoga Azharina diberi kesembuhan segera Amin🤲🏻

Hiburan Fri, 15 Nov 2019