Featured By: Fatin Nurain September 27, 2022 @ 1:26pm

Tak Mahu Menunjuk, Asad Motawh Miliki 2 Rumah Diusia 21 Tahun

Penyanyi Asad Motawh mendedahkan dirinya sudah memiliki dua buah rumah, suite peribadi dan sebuah kereta mewah biarpun baru berusia 21 tahun.

Menurut Asad, segala aset yang dimilikinya merupakan dari hasil kerja kerasnya dalam mengusahakan tiga perniagaan dalam satu masa.

“Angka pendapatan saya tak mahu sebut, ‘Google’ (cari) saja sendiri. Sebenarnya mungkin ramai tak tahu saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan kini sedang mengusahakan syarikat produksi Motawh Production yang baru beroperasi sembilan bulan lalu.

“Saya ada pejabat dan pasukan sendiri yang terdiri daripada lapan kakitangan. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan pelanggan jenama-jenama besar hasil kerjasama agensi bakat, Xeno,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Asad lebih selesa untuk tidak menunjuk-nunjuk aset yang dimiliki dan menganggap perkara itu tidak mendatangkan kebaikan buatnya.

“Saya mula miliki rumah sewaktu berusia 19 tahun. Apa yang saya miliki hari ini biasa-biasa saja. Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya.

“Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta.

“Lagipun kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023

Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Wow betul ke puluhan juta 🤩 Haa Tokti dah jawab tu!

Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikatakan Bawa Aura Negatif Dalam Pengacaraan, Ini Komen Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad tampil menjawab komen negatif dari seorang warganet yang mengatakan cara pengacaraannya di dalam program Wanita Hari Ini (WHI) membawa aura negatif kepada penonton. Menurut Uyaina, dia seorang yang jarang […]