Hiburan By: Salma Syahbuddin March 27, 2024 @ 3:01pm

“Ingatkan Aliff Syukri Tak Buat Lagu Raya Dah Aman, Ni Pula Keluar”- Lagu Raya DSV Curi Perhatian, Netizen Puji Suara Merdu!

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian selepas lagu rayanya mula tular di platform media sosial.

Malah, ramai dalam kalangan warganet berpendapat lagu yang berjudul, Muah Muah Raya itu menepati cita rasa pendengar sekaligus ada yang memuji suara usahawan itu yang dikatakan merdu.

“Takkan kita diam ye. muah Muah Raya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

 

Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan balas hantaran berkenaan, rata-rata warganet bersetuju bahawa lagu-lagu raya milik DSV antara yang menjadi pilihan terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang berseloroh apabila merasakan hidup mereka ‘aman’ dengan pembatalan hasrat Datuk Aliff Syukri untuk tidak menerbitkan lagu raya pada tahun ini.

“Ingatkan Aliff Syukri tak buat lagu raya dah aman, ni pula keluar.

“Datuk semua lagu-lagu raya best. Paling best Lavida Raya.

“Lepas dengar lagu raya ni, terus mood raya on.

“Mantap lagu DSV! Saya suka.

“Merdunya Datuk. Kali ni saya sokong.

“At least lagu raya dia masih dalam kategori menghormati lagu dan adat raya. lagi better dari lagu Aliff Syukri.

“Siapa dengar lagu ni sampai habis. sila komen hadir.

“Aliff Syukri is shaking,” komen netizen.

;

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik menerusi platform TikTok itu telahpun menerima lebih 2 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Saya Reda Dengan Pemergian Ibu – Zul Ariffin

saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Trending Wed, 31 Jul 2019
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Here’s a Special Playlist of Everything Dua Lipa and BLACKPINK

It was inspired by their latest collaboration.

Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Hiburan Wed, 22 Jun 2022