Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 30, 2022 @ 10:02pm

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Penyanyi berkumpulan, Dolla tampil memohon maaf kepada semua pihak atas terpalit kontroversi berpakaian seksi ketika di konsert Good Vibes baru-baru ini.

Mewakili kumpulan, Sabronzo mengakui mereka tersalah pandang kerana terlalu fokus pada persembahan.

“Mewakili pihak kami, saya mengakui kami tersalah pandang dan akan lebih berhati-hati di masa depan.

Selepas menerima segala kritikan, kami sedaya upaya cuba berfikir macam mana untuk terus berfikir ke hadapan, perbaiki diri sendiri terutamanya dari segi pakaian kami,” katanya.

Disoal sama ada mereka sedar pakaian seksi itu akan memberi imej buruk dan timbul kontroversi, Sab berkata mereka ketika itu hanya memikirkan mengenai persembahan.

“Sebenarnya pada masa tu focus kami tertumpu pada stamina dan persembahan sebab ini adalah kali pertama kami diberi peluang untuk menyanyi di festival Good Vibes.

“Jadi memang banyak elemen lain yang kami ketengahkan pada hari itu sehingga terlepas pandang soal pakaian kami.

“Kami akan cuba sedaya upaya agar perkara seperti ini tidak akan diulangi lagi,” katanya.

Sementara itu, Dolla berkata dari segi pemilihan pakaian untuk persembahan pihak pengurus akan berbincang dengan penata gaya tersendiri.

“Kami bekerja dengan stylist untuk berbincang mengenai apa yang boleh dipakai dan tidak boleh,” ujar pengurus Dolla.

Dolla ditemui ketika majlis pelancaran lagu duet bersama penyanyi Naim Daniel berjudul ‘Mungkin Ini Adalah Lagi Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Memang Rapat Tapi…’- Betul Ke Melissa, Jaa Suzuran Serius Bercinta?

Kemesraan Melissa dan Jaa menjadi bualan warganet apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak penghujung Julai lalu.

Trending Wed, 3 Feb 2021
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Hyolyn is Coming to Kuala Lumpur for a Meet & Greet Session in April

Best part is, you could even win a trip to California or a chance to party with Hyolyn!

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

EXO Reported To Return in November! + SM’s Response

EXO-Ls might be receiving an early Christmas treat!

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Featured Sat, 2 May 2026
error: Content is protected !!