Featured By: Yanie Baharom March 16, 2020 @ 3:00pm

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Lazimnya batuan kristal Swarovski diguna sebagai perhiasan pada kebanyakan produk aksesori untuk wanita, namun jenama aksesori berprestij, Wirdora, mengambil inisiatif dengan menghasilkan rekaan khusus untuk lelaki.

Antara rekaan aksesori khusus untuk lelaki ialah butang baju Melayu dan kafling yang dihiasi tatahan Kristal Swarovski, manakala aksesori wanita keluaran Wirdora merangkumi kerongsang, pin tudung dan cincin skaf.

Foto: Wirdora

Foto: Wirdora

Foto: Wirdora

Foto: Wirdora

Jenama tempatan yang baru saja melancarkan butik pameran di Ampang, Kuala Lumpur itu hanya menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria.

Sebagai rakan kongsi jenama Swarovski yang sah, kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli, malah setiap pembelian turut disertakan dengan kod nombor dan tag pelindung, untuk kegunaan pembeli bagi membuat kesahihannya di laman web Swarovski.

Foto: Wirdora

Wirdora diasaskan oleh Wirdalina Tauhed pada Mei 2017, menawarkan dua kategori produk iaitu luxe series dan standard series. Bagi perhiasan luxe series misalnya, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, bersadur emas ros 18 karat, bersadur emas putih 18 karat berserta pin tahan karat.

Pengasas Wirdora, Wirdalina Tauhed dan suami beliau. Foto: Wirdora

Seleksi produk Wirdora juga melalui ujian kawalan kualiti yang sangat ketat seperti ciri keutuhan dan ujian ketajaman (pin). Bagi keluaran aksesori kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan selama setahun dan perkhidmatan selepas jualan.

Wirdora dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah perniagaan dari rumah kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200, sedikit demi sedikit, Wirdora mengorak langkah lebih jauh hingga mencatat jualan RM1 Juta dalam masa setahun.

Foto: Wirdora

Sehingga kini, jenama ini sudah memasuki pasaran Brunei, malah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan berprestij itu.

Bersempena dengan pembukaan sulung butik pameran Wirdora, syarikat itu turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Wajah Wirdora 2020.

Hawa Rizwana (dua dari kanan) dilantik sebagaI Wajah Wirdora 2020 Foto: Wirdora

Foto: Pengasas Wirdora, Wirdalina Tauhed melantik pembaca berita TV3, Hawa Rizwana sebagai Wajah Wirdora 2020. Foto: Wirdora

Produk Wirdora bermula daripada RM18 hingga RM350 dan boleh didapati secara atas talian di shop.wirdora.com dan luar talian.

Bagi pembelian secara luar talian boleh didapati di kedai fizikal, Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Aug 2018

Lima Cara Membersihkan Kerak Kepala Bayi, Selamat Dan Tidak Menyakitkan!

Kerak ini kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering dan kelemumur.

Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

Resipi Apam Santan Pelangi Paling Gebu Yang Wajib Anda Cuba

Apam santan ini sedap jika dimakan bersama secawan teh.

Oh Lawa Fri, 21 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah samada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal bersepah di pasaran. 

familuv Mon, 11 May 2020
Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Ukuran Pinggang Kurang 25 Inci

Sebahagian besar daripada mereka  tidak makan selepas jam 8 malam.

Eat Travel Tue, 15 May 2018

10 Foto Pantai-Pantai Tercantik Di Dunia, No. 4 Paling Gorgeous

Jom nikmati dan kagumi ciptaan Tuhan dengan melihat foto-foto pantai yang paling gorgeous di dunia.

Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia

| Live TV