Featured By: Salma Syahbuddin December 7, 2022 @ 3:32pm

Didakwa Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Lufya, Ini Pesan ‘Makan Dalam’ Julia Farhana

Pelakon Juliana Farhana Marin, 27, menegaskan tuduhan bersifat fitnah seperti bersekedudukan dengan tunangnya yang merupakan bekas suami pelakon, Lufya Omar adalah amat keterlaluan.

Menurut Julia, adalah lebih baik individu tersebut menunjukkan bukti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi.

“Saya tak tahu apa-apa pasal benda tu dan saya tak nak komen kerana saya rasa benda tu adalah fitnah yang besar dan saya juga tak nak perbesarkan isu tersebut. Saya rasa kalau ada dan dia anggap benda tu betul, keluarkan bukti,” katanya.

Sementara itu, Julia mengakui adalah lumrah sebagai seorang anak seni berdepan dengan kontroversi namun perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya rasa itu lumrah untuk jadi seorang pelakon, jadi seorang penyanyi, jadi seorang selebriti, kita nak simpan macam mana sekalipun private life kita kalau terkeluar kita harus terima dengan hati yang terbuka. Ada banyak lagi benda seperti mesej, komen, tapi say aterima je sebab saya tahu kebenaran dan hati saya pun berkata begitu jadi saya stick dengan pendirian saya,” jelasnya.

@xtra_my Wah, dau bau nasi minyak! Bila agaknya tu Julia Farhana nak nikah dengan Dr Che Hafiz? Tahniah in advance! #fyp #xtramy #tontonxtra #beritatiktok #juliafarhana #drchehafiz #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Meskipun begitu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Harith Fayyad ini mengakui, dia tidak boleh menutup mulut netizen yang sering melemparkan kata-kata atau andaian mahupun spekulasi terhadap dirinya.

“Apa yang orang katakan saya tak boleh nak hentikan. Saya tak boleh nak hentikan mereka daripada membuat andaian sendiri ataupun spekulasi sendiri, mereka tak ada dalam perjalanan hidup saya dan mereka tak tahu apa yang saya lalui secara emosi ataupun mental dan mereka tak tahu kenapa saya boleh sampai tahap untuk membuat keputusan sebegini.

“Jadi, kepada mereka di luar sana yang terus menyokong saya, Alhamdulillah. Tapi, kalau mereka rasa ini membuatkan Julia Farhana bukan sesuai untuk menjaadi seorang pelakon atau public figure dalam industri ni saya terima,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

 

Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Flagship Store Rizman Ruzaini di Shoppes At Four Seasons Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdahulu, aktres ini memaklumkan dia bakal bernikah dengan tunangnya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN:Julia Farhana Bakal Nikah Dr Che Hafiz Dalam Masa Terdekat – “Persiapan Kahwin 90% Siap”

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kahwin Silakan! Tapi Terus Terang, Saya Kesian Dengan Dia”- Lufya ‘Blocked’ Juliana Farhana, Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Allah Akan Tunjuk! Doakan Saya & Anak…”- Lufya Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dihina, Saya Diam” – Jawab Dakwaan Ganggu Lufya, Julia Farhana Buka Mulut.. Buat Laporan Polis 7 November Lalu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Aug 2023
Trending Thu, 14 Mar 2019

Jangan Panik! Whatsapp, Facebook Dan Instagram Alami Gangguan

sekurang-kurangnya boleh rehatkan mata dari tengok handphone je!

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Hanya Bercuti, Bukan Berhenti’- Nubhan Nekad Kembali Aktif Menyanyi

Tiga tahun tanpa single, finally Nubhan is back!

Trending Thu, 3 Sep 2020

Ringkas Tapi Penuh Kelembutan, Mira Filzah Sah Jadi Isteri Wan Emir Dengan Sekali Lafaz

Tahniah Mira dan Emir, semoga bahagia hingga ke syurga❤️

Trending Mon, 22 Aug 2022

REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.