Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 30, 2023 @ 6:24pm

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali meluahkan rasa kesal apabila segelintir warganet memfitnah dirinya sengaja mencipta kontroversi terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Ia ekoran tular sebuah mesej tersebar yang dikirim oleh orang tidak dikenali melalui emel mendakwa Shakilla bercinta bersama suami orang.

Pada siang tadi, Shakilla tampil membuat penjelasan di Melodi TV3 menafikan dakwaan tersebut serta mengakui tidak mandrem suami orang tersebut seperti difitnah ramai.

@melodiberapi Takkan maafkan orang yang fitnah saya.. jumpa saya di akhirat!! -pelakon Shakilla Khoriri, apabila dia dituduh kacau rumahtangga orang! #meloditv3 #tv3 #selebritimalaysia #fypシ #panas #sensasi #fypシ゚viral ♬ original sound – Melodi

Susulan itu, ramai memetik nama Fizi yang disyaki merupakan pengirim mesej tersebut akibat tindakannya sebelum ini seperti orang meroyan.

Fizi menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi kesal terhadap tohmahan dilemparkan beberapa individu.

Jelasnya, dia tidak masuk campur mengenai sebarang hal tentang bekas isterinya seperti heboh di platform media sosial.

“Kadang-kadang kita ni nak keluar statement tu fikir orang lain juga..

“Orang lain pun ada keluarga. Sekarang ni orang-orang ni tuduh aku nak buat kerja bodoh tu, aku malas la nak masuk campur, suka hati kau la nak buat apa pun.

“Aku nak happy dan tenang je dengan life aku, please la wei,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram meluahkan rasa kesian terhadap dan berharap agar Fizi akan mengambil tindakan saman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Luah Hasrat Menunggu Jodoh Dalam Single Terbaharu

Tajuk lagu ini ‘Gadis Yang Ku Tunggu’, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu…

Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti?

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti? Sebab Terima Bunga

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?

Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Trending Sun, 26 Jun 2022

“Tuduhan Bersifat Fitnah!” – Idris Khan Tampil Beri Kenyataan Isu Tarik Diri, Beri Amaran Keras Pada Netizen

Idris Khan beri kenyataan dakwaan bersifat fitnah, tindakan undang-undang akan diteruskan.