familuv By: Ad Ops April 11, 2020 @ 10:47am

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pepatah ada menyebut, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hakikat asam garam rumah tangga, pasti sekali-sekala ada perselisihan faham yang berlaku.

Kadang-kadang ada suami isteri yang tidak bertegur sapa beberapa hari semata-mata mahu menunjuk tanda protes. Ego tinggi mula menguasai diri sehingga isu kecil boleh menyebabkan permasalahan yang lebih berat dan menjurus kepada perceraian.

tip rumah tangga bahagia

Kredit gambar: Percikan Iman

Dalam usaha menyelesaikan perselisihan yang berlaku, memaafkan adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Menurut Abdul Aziz Ismail dalam bukunya bertajuk Panduan Mencipta Rumahtangga Syurgawai: Mencontohi Rumah Tangga Rasulullah SAW, sudah menjadi lumrah dalam hidup bersama, pasti ada pasang surutnya, justeru belajarlah untuk menerima kekurangan pasangan.

Jangan biarkan nafsu amarah menguasai kerana ia boleh membakar diri. Fahamilah, bahawa sifat sabar dan memaafkan mampu memadamkan api kemarahan. Oleh itu, bersabar dan cuba memaafkan pasangan kerana setiap orang pasti melakukan kesilapan.

Luahkan kata-kata maaf kerana ia adalah pembuka jalan kepada penyelesaian masalah. Berikut adalah panduan untuk anda ikhlas memohon maaf kepada pasangan.

suami minta maaf

Kredit gambar: SirapLimau

1. Akui kesilapan diri

Berhentilah mencari kesilapan pasangan. Kadang-kadang kita perlu merenung pada diri sendiri. Oleh itu, jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengakui kesilapan sendiri dan perbaiki diri.

Memohon maaf bukan bermaksud kita kalah atau salah, tapi ia adalah jalan terbaik untuk kebahagiaan diri serta rumah tangga.

2. Sediakan ruang untuk kemaafan

Asal bergaduh, merajuk nak balik rumah ibu bapa. Perkara itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan. Sediakan ruang kemaafan bagi menyelesaikan sebarang persengketaan dan elakkan krisis rumah tangga berlanjutan.

suami isteri minta maaf

Kredit gambar: How Kenya

3. Jangan berdendam

Jika pasangan sudah meminta maaf, terima dan bersedialah untuk memaafkannya. Jangan berdendam kerana ia akan merugikan diri sendiri dan rumah tangga anda.

4. Ikhlas

Kadang-kadang ada suami isteri jika mahu mereka memaafkan, tetapi meletakkan syarat seperti beli motor besar atau barang kemas baharu semata-mata demi satu kemaafan.

Ingatlah, yang bersalah itu adalah orang yang sentiasa ada dalam kehidupan kita, susah payah bersama-sama, justeru sentiasa ikhlas memaafkan pasangan tanpa menuntut sebarang balasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023
Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 9 Jun 2021

Selepas Kualiti Sinematografi, Lagu Tema Drama Masih Ada Rindu Pula Jadi Sebutan Ramai

Selepas tular mengenai  salah satu episod  dalam drama Masih Ada Rindu yang menunjukkan pelakon utama iaitu Mimi Lana berlakon di sebuah hospital yang kelihatan seperti bilik hotel, Drama Masih Ada Rindu kembali menjadi perbincangan hangat […]

Featured Sun, 10 Oct 2021

“Kalau Betul Saya Kahwin, Beritahu Isteri Saya, Tolong Balik Rumah” – Fikry Ibrahim

Pelakon kacak yang popular menerusi drama Ayahanda, Fikry Ibrahim menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya telah berkahwin secara senyap-senyap. Menurut Fikry, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarganya. “Kalau betul saya kahwin, […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Thu, 22 Dec 2022
Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Featured Sat, 11 Mar 2023