Categories: FeaturedOh Lawa

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Tatkala pereka fesyen tempatan dan peniaga atas talian melancarkan perang koleksi Lebaran, aktres jelita Fazura Sharifuddin pula hadir dengan idea yang barangkali tidak terfikirkan oleh sesiapapun apabila melahirkan koleksi Ramadan 2018.
Koleksi diberi nama Jauharah atau dalam kamus Islam membawa maksud batu permata; ‘mutiara yang diberikan untuk seorang anak perempuan’ merupakan keluaran terbaru di bawah jenama rumah fesyen miliknya, Fazbulous.
Seindah pengertiannya,  Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.
Versatil dalam mempersembahkan gaya seorang wanita muslimah, Jauharah turut menampilkan celana menggunakan fabrik silky crepe, blouse cetak daripada fabrik lightweight satin crepe serta persalinan lengkap baju  dan seluar, yang diperbuat dari material heavy chiffon with texture.
Koleksi yang ditampilkan juga lebih anggun dan segar, sekali gus menjadi inspirasi bagi wanita Islam yang terkenal dengan imej sopan, namun begitu masih mampu mengekalkan ciri glamor dalam masa sama.
Harga yang ditawarkan juga mampu milik bermula dari RM89 hingga RM149. Koleksi Jauharah boleh didapati menerusi laman web www.fazbulous.com atau terus ke butik Fazbulous yang terletak di Strand Mall, Kota Damansara.
Jom cuci mata dengan melihat koleksi Jauharah Ramadan 2018 dari Fazbulous ini:
Kredit foto: KAKIFOTO
Ad Ops