Featured By: Yanie Baharom April 25, 2018 @ 10:00am

Tidak Hanya Indah Dipandang, Wangi Dicium. Bunga Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan

Di Taiwan, makan kelopak bunga mawar yang dicelup dengan madu sudah menjadi amalan kerana kandungan fenolat yang bersifat anti radang selain kaya dengan vitamin bagi mengurangkan risiko barah, kencing manis dan sakit jantung.

Beberapa bunga seperti kekwa atau Chrysanthemum dan Chamomile sering dijadikan teh untuk merawat masalah kesihatan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Firdaus Ismail, berkata sebahagian akar pokok bunga juga mengandungi mineral, vitamin dan hormon yang berfaedah untuk kesihatan.

“Hormon, mineral, vitamin dalam bunga dan akarnya membantu penyerapan nutrien dalam tubuh serta melancarkan aliran darah. Bunganya yang berwarna jingga kaya dengan ratinoid baik untuk mata,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mohd Firdaus menasihatkan supaya berhati-hati mengambil bunga sebagai makanan secara langsung kerana proses penanaman berkemungkinan membabitkan racun serangga. Bunga yang ditanam sendiri dan bebas daripada racun serangga lebih selamat untuk dimakan terus.

Bercakap mengenai khasiat bunga melur, selain boleh dijadikan teh yang direndam atau direbus bersama teh hijau dicampur madu, ia boleh melegakan gejala seperti demam dan meningkatkan tahap imunisasi tubuh.

“Khasiat lain ia turut melegakan tekanan dan kebimbangan serta digunakan untuk merawat luka pada kulit,” katanya.

Foto : btpn kedah

Khasiat bunga yang boleh dimakan antara lainnya adalah bunga kebangsaan iaitu bunga raya yang mengandungi anthosianin dan anti oksidan. Amalan meminum air rebusan bunga raya juga dapat mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol termasuklah melegakan asma, batuk, bengkak kelenjar paratoid, selesema dan bronkitis.

oto : live strong

Bunga kekwa pula memberi kesan-kesan menenangkan selain bertindak sebagai anti radang, antikarsinogenik dan merawat luka. Selain merawat kejang perut, migrain, insomnia, masalah usus, alahan, ruam, radang kulit, mengurangkan bengkak, mengawal diabetes serta meningkatkan sistem imunisasi.

Foto : Food Ndtv

Sementara itu, bunga kantan yang biasanya digunakan dalam masakan seperti asam pedas mahupun laksa pula mampu melancarkan perjalanan darah. Kelebihan lain berupaya merawat luka, melegakan diabetes dan tekanan darah tinggi, anaemia, cacar, sakit telinga, dehidrasi, demam selain bertindak sebagai antioksidan dan anti penuaan.

Foto : specialty produce

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Sep 2019

Ikuti panduan ini agar bilik tidur anda kelihatan luas!

Senangnya nak bagi bilik kelihatan luas!

Featured Tue, 10 May 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022
Acara Fri, 1 Mar 2019
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Tue, 19 Jul 2022

Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok

Tak sampai 24 jam dibebaskan dari ikat jamin, Siti Nuramira terus ditahan JAWI.. Fuh, bertubi-tubi. Moga terus jadi pengajaran pada semua!

Featured Thu, 12 Aug 2021

Kes Kematian Wanita Hamil Naik Mendadak, Dr Hisham Minta Golongan Ini Segera Divaksin

Berikutan peningkatan kes kematian dan jangkitan teruk yang melibatkan wanita hamil telah meningkat secara mendadak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyeru semua ibu hamil untuk mengambil vaksin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham […]