Categories: FeaturedGaya Hidup

Wargamaya kagum kuali dan sinki pasangan Sugu Pavithra berkilat, ini rahsianya!

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan suami isteri, Sugu Pavithra yang tular dalam laman media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pasangan berbangsa India, S. Pavithra, 28, dan suaminya M. Sugu, 29, mula mendapat perhatian ramai menerusi perkongsian video masakan yang disampaikan secara fasih dalam bahasa Melayu.

Kredit gambar: YouTube

Mula berjinak sebagai YouTuber sejak Januari lalu, pasangan yang tinggal di Sungai Siput, Perak itu kini memiliki seramai 387,000 pelanggan di siaran YouTube mereka.

Antara video resipi yang dikongsi ialah kari ayam, kari ketam, sambal udang pedas, nasi beriani telur, kari sayur asam dan banyak lagi.

Selain video masakan, video cara mencuci kuali dan sinki sampai berkilat yang dikongsi pasangan suami isteri itu turut mendapat perhatian. 

Kredit gambar: YouTube Sugu Pavithra

Rata-rata yang meninggalkan komen memuji pasangan itu yang mengamalkan kebersihan di dapur dan apa yang lebih menarik apabila pasangan itu dilihat saling bantu-membantu ketika di dapur.

Perkongsian video di laman YouTube Sugu Pavithra pastinya memberi mesej yang positif kepada pasangan suami isteri agar saling bantu-membantu ketika melakukan kerja rumah sekali gus sikap yang ditonjolkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.

Kredit gambar: YouTube Sugu Pavithra

Jom lihat video cara mencuci kuali dan sinki yang dikongsi mereka. Memang mudah untuk diikuti. Selama menonton!

Ad Ops