Alhamdulillah, berita baik buat kaum muslimin..
Orang ramai kini dibenarkan melakukan solat jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau terpilih di zon hijau bermula hari esok.
Selain itu, solat sunat seperti solat sunat terawih dan aidilfitri juga dibenarkan di masjid dan surau dalam tempoh PKPB.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata solat lain secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok.
Walaubagaimanapun, beliau berkata, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.
‘Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Apapun terus amalkan jarak sosial dan jaga kebersihan. Semoga amal pahala yang kita lakukan diterimanya di bulan yang mulia ini.
Untuk info lanjut, tonton video di bawah:
Sumber: BH
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
MashaAllah kesiannya