Categories: familuvFeatured

5 perkara perlu diajar kepada anak perempuan sebelum meniti remaja, Insya-Allah pandai dia jaga kehormatan diri

Biasa kita mendengar, menjaga lembu sekandang lebih senang daripada menjaga anak perempuan seorang.

Pepatah Melayu ini merungkai cabaran ibu bapa dalam membesarkan anak perempuan yang tidak mudah. Tanggungjawabnya besar, selagi peranan itu belum berpindah tangan dan dipikul seorang suami.

Foto: ITC Shopping Festival

Ibarat permata yang perlu digilap dan dijaga sebaiknya, membesarkan anak perempuan
harus senantiasa dibajai adab dan akhlak. Sama juga seperti anak lelaki, tetapi anak perempuan memerlukan pemantauan lebih.

Perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif The Pro Parenting, Dr Taufiq Razif mengenai lima perkara penting yang perlu diajarkan pada anak perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja, boleh dijadikan panduan.

Ajarkan 5 perkara ini kepada anak perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja.

1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU

  • Kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah dan harga diri mereka.

2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka

  • Kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul.

Foto: Popmama

3. Ajarkan anak perempuan kita akan tanda dan persiapan AKIL BALIGH mereka

  • Kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama.

4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG

  • Tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul dan bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka.
  • Ceritakan kepada mereka juga akan kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi.

5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK DAN BERHARGA DARI DALAMAN

Foto: Intisari

  • Penting untuk anak perempuan kita merasakan bahawa mereka cantik secara dalaman supaya mereka tidak haus pujian daripada orang luar.
  • Itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata-kata penghargaan terutama kepada anak perempuan.
  • Ingat, jiwa anak perempuan tersangatlah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi.

Semoga bermanfaat

Yanie Baharom