Categories: FeaturedGaya Hidup

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan memberi manfaat kepada badan.

Kuasa warna juga boleh mempengaruhi keadaan mental dan fizikal seseorang serta memberikan energi pada tubuh. Ingin tahu sejauh mana warna mampu mempengaruhi kesihatan seseorang, jom semak senarai di bawah.

Merah

Ada kajian menunjukkan mereka yang melihat warna merah boleh mengakibatkan kadar jantung dan metabolisme meningkat serta hemoglobin bertambah. Justeru, warna ini baik untuk penderita anemia serta penyakit yang berhubungan dengan darah. Namun awas buat penghidap kanser kerana warna merah dipercayai mampu menstimulasi pertumbuhan sel.

Biru

Warna biru juga dikatakan mampu mengatasi demam, sakit kepala, tekanan darah tinggi, asma serta mengurangkan stress kerana warna ini melambangkan sejuk dan tenang.

Hijau

Dikenali sebagai warna alam, hijau dikatakan mampu menstimulasi cakra jantung dan juga digunakan untuk menyembuh penyakit seperti demam, selesema dan memperkuatkan sistem imun badan. Hijau juga dapat membantu membentuk otot, tulang dan sel.

Kuning

Warna yang terang dan ceria ini dikaitkan mampu membantu merangsang kecerdasan serta menyembuhkan penyakit dengan cepat. Kuning juga amat disyorkan untuk pesakit yang menghidapi masalah kulit. Namun, elakkan berlebihan kuning kerana ia boleh menjejaskan kesihatan pencernaan dan menyebabkan masalah perut dan insomnia.

Jingga

Mengikut warna terapi penyembuhan, jingga adalah warna yang mampu merangsang tubuh badan dan fikiran. Ia dikatakan mampu melawan radikal bebas untuk meningkatkan imuniti. Warna ini juga dikatakan mempengaruhi sistem pencernaan serta boleh meringankan kejang otot. Jingga turut bagus untuk merawat masalah kemurungan, trauma dan tekanan.

Ungu

Warna ini berhubung rapat dengan kerohanian serta dikaitkan dengan sistem otak dan saraf. Ungu dikaitkan sebagai warna meditasi dan boleh membantu mengatasi gangguan mental serta memperlambatkan jantung yang overaktif, menyembuhkan insomnia dan membantu detoksifikasi.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops