Categories: FeaturedOh Lawa

Wow! Imej Rambut Baharu Fazura Dah Macam Marilyn Monroe, Gorgeous Habis!

Siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal Nur Fazura kan? Memiliki rupa paras yang cantik dan jelita membuatkan banyak ‘mata’ tertumpu dengannya. Lagi-lagi bila Fazura berkahwin dengan Fattah Amin, memang ramai yang adore dengan pasangan romantis ini.

Aktres jelita ini memang dikenali dengan sifat peribadinya yang lemah lembut, kini bertukar imej dengan gaya baharu yang nampak lebih seksi dan garang.

Fazura telah memuat naik gambar penampilannya dengan imej baharu berambut pendek dan curly di Instagramnya dan ternyata berjaya mencuri perhatian ramai peminatnya.

Bila lihat pada posting tersebut, ramai peminat memberikan komen, ada yang menyatakan gaya rambut baharu Fazura itu mirip artis Hollywood, Marilyn Monroe.

Tapi, ada juga yang mengkritik imej rambut pendek Fazura membuatkan wajahnya kelihatan sedikit berusia.

Macam Marylin Monroe!

Fazura cantik!

Nampak tua!

Kalau anda sedang mencari style baharu untuk rambut anda, bolehlah tiru gaya rambut hot fazura ini. Gerenti gorgeous!

Sumber: MissFazura

tex_admin