Categories: Eat Travel

Tauhu Begedil Daging Heaven, Paduan Serina Dan Chef Riz Laris!

Sebut saja nama selebriti ini, pasti terbayang personalitinya yang ceria selain celoteh bak bertih jagung saling tak tumpah seperti bapanya juga chef tersohor negara, Chef Wan.

Serina Redzuawan, anak seni tempatan yang tidak pernah jemu melakukan eksplorasi perniagaan dan terbaru memperkenalkan pula produk makanan iaitu Tauhu Begedil Daging Heaven yang tular ketika ini.

Diusahakan bersama abangnya Chef Riz, jus minuman Air Jagung Heaven dan Durian Belanda Heaven yang dijualnya sebelum ini juga tular.

Foto: Serina Redzuawan Instagram

Memfokuskan Tauhu Begedil Daging Heaven diperbuat daripada air tangan pasangan dua beradik yangi memang padu dan mendapat pujian ramai pelanggan. 

Inti begedil daging yang mewah disumbat pada tauhu menjadikan ia satu hidangan yang cukup menyelerakan tambahan pula dicicah dengan kicap pedas manis.

1 set hidangan (6 ketul) berharga RM10 dan ianya sangat mengenyangkan. Bagaimanapun kepada mereka yang mahu membuat tempahan penghantaran, anda perlu membeli 2 set Tauhu Begedil Daging Heaven. Sedikit caj tambahan akan dikenakan bergantung di mana lokasi anda berada.

Foto; Hijab & Heels Archive

Untuk mengetahuinya lebih lanjut atau tempahan, anda boleh jenguk ke Instagram Serina iaitu @serinaredzuawan.

Yanie Baharom