Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 9:43pm

Feby Putri Kembali Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert ‘Vol.3: Hitam Putih’ 19 Julai Ini

Solois muda berbakat besar yang popular meneruis lagu ‘Runtuh’ dan ‘Kembali Pulang’,  Feby Putri kini kembali menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 19 Julai 2025 menerusi konsert terbaharunya, ‘Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur’.

Ini merupakan penampilan ketiga Feby Putri di Malaysia, selepas dua persembahan hebat yang berlangsung pada tahun 2023 dan 2024.

Menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat,  konsert Feby tahun lalu sahaja menyaksikan barisan peminat mula beratur seawal jam 2 petang demi mendapatkan tempat terbaik di zon hadapan.

Konsert kali ini bersempena pelancaran album kedua Feby Putri, “Hitam Putih” turut  mengangkat tema perjalanan peribadi, merangkumi fasa suka duka dalam kehidupan dan perjuangan dirinya sebagai seorang anak seni yang merantau.

Album ini turut menyajikan lirik yang jujur serta susunan muzik yang menjadi identiti tersendiri buat Feby.

Selain karya dari album baharu, Feby juga bakal mempersembahkan lagu-lagu hits daripada album terdahulu, ‘Riuh’ dalam sebuah persembahan yang menjanjikan pengalaman emosional dan artistik yang tidak mudah dilupakan.

Untuk makluman menegnai tiket konsert ‘Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur’, peminat  boleh dapatkan menerusi laman rasmi www.ilassotickets.com/febyvol3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

FASHA VIDEO CALL SIAPA TU?

Fasha kelihatan menutup wajah lelaki tersebut dengan kata-kata berbunyi “You make me happy when sky are gray. Please dont take my sunshine away

Hiburan Mon, 7 May 2018

Dipuji Netizen, Betulkah Intan Liana Makin Cantik?

Beliau mengakui mendapat pelbagai jenis tawaran termasuklah tawaran peragaan dan menjadi model untuk beberapa jenis produk kecantikan

Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Kes Mahkamah Tue, 26 Dec 2023

Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

Semoga kes ini diadili dengan baik dan telus

Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Apa Lagi Elfira Loy Nak?

Wah, El memang cantik pun

error: Content is protected !!