Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida March 12, 2018 @ 6:12am

Fenomena Panama Dance, “Wajib kalau suami suruh,”

Kegilaan tarian Panama kini makin menjadi-jadi di kalangan anak-anak muda! Sana sini pengguna memuat naik skill Panama Dance di laman sosial masing-masing.

Ada yang suka, tak kurang juga ada yang mengecam tindakan segelintir pengguna ini…

Menerusi laman Facebook pendakwah muda Fakhrul, beliau ada menulis pandangannya berhubung tarian yang kini sedang menular di laman sosial.

Menurut beliau, menari ini banyak hukum termasuklah wajib, harus dan haram.

“ Hukum wajib sekiranya suami suruh, harus pula sekiranya seorang atau sama-sama kawan satu jantina, atau sesama mahram, sementara haram pula kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah,” tulisnya di laman Facebook.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung isu tarian Panama yang tular di laman sosial sekarang.

Tarian Panama sebelum ini menjadi tular apabila ia dilakukan secara beramai-ramai antaranya di agensi kerajaan, hingga ia ‘berjangkit’ untuk dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan ada sebab hukum tarian itu jatuh haram.

“Orang kata pulak, ‘haram tang mana pulak ustaz oi’, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?

“Perlu dalil al-Quran, Hadith ke? Alaaaahhhh nak seronok lepas stres (tekanan) sikit pun tak boleh!” Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Pasti tak stres kat sana,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati agar jangan ada lagi kapsyen ‘kami sudah ‘berpanama dance’ ramai-ramai ni, korang bila lagi?’.

“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend tu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama, Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

Ibu Kongsi Teknik Lekat Lencana Tahan Lama

Jenuh Lekat Lencana Sekolah Anak Setiap Minggu’, Ibu Kongsi Teknik Lekat Lencana Tahan Lama

LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

2019年「拜太岁」最佳时间是哪天?

每次靠近过年的期间,我们就会时常听到身旁的朋友说“今年犯太岁,要去拜太岁等” 话题。

Contest Wed, 27 Nov 2019
Fab Foodies! Wed, 30 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Masukkan telur rebus, daun kunyit dan kerisik. Biar seketika. Masukkan air asam jawa dan tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api setelah rendang hampir kering. Siap!

LIFESTYLE Tue, 30 Oct 2018
Fab Foodies! Thu, 1 Mar 2018

情侣都曾吵过的小事「Hangry」饿到怒

大概人人都有过「饿到怒」的经验,但肚子极为饥饿的时,情绪自然而然就不好,耐心下降、说话口气差,而这样的情形在2018年终于有个精准的英文单字来表达,它就是「Hangry」,是饥饿「Hungry」结合生气「Angry」的意思,Hangry被牛津字典列入2018新单字之一。

Fab Foodies! Sun, 11 Mar 2018

5 Manfaat & Kebaikan Makan Buah Kurma

Kurma adalah salah satu makanan manis dan multiguna yang dapat meregulasi proses pencernaan. Kurma dapat meningkatkan energi dalam waktu 30 menit bagi yang mengkonsumsinya.Manfaat dari kurma diantaranya bebas dari masalah konstipasi, gangguan pencernaan, masalah jantung, […]

LIFESTYLE Wed, 30 Oct 2019

这对象主动接近我的原因是?

现在的时代,好像在情感方面不再那么的畏缩;面对喜欢的对象,有时总会更加主动些。

LIFESTYLE Sun, 17 Feb 2019

Anak Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik

Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik Dan Ikuti Panduan Rawatan Awal Yang Dikongsi Doktor Ini

LIFESTYLE Thu, 11 Jul 2019

暧昧期过了,主动还有机会吗?

暧昧是件美好的事,但为什么明明暧昧了最后却冷淡了,我该主动去找TA吗?

error: Content is protected !!