Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 17, 2021 @ 9:14pm

“Fight Scene Mantap” – Filem Terakhir Arwah Ashraf Sinclair Dilabel Bertaraf Antarabangsa

Buat korang yang masih belum tahu, filem lakonan terakhir arwah Ashraf Sinclair iaitu J Retribusi kini ditayangkan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

J Retribusi merupakan kesinambungan Filem J Revolusi yang menggandingkan para pelakon seperti Zul Ariffin, Rosyam Nor, Ashraf Sinclair, Amelia Handerson dan ramai lagi.

Sejak ini ditayangkan 1 Jun lalu, ramai pengkritik filem muncul memberikan komen dan review yang positif terhadap filem ini.

Rata rata pengguna di Twitter juga menyifatkan babak aksi yang dilakonkan dalam filem ini adalah sangat mencabar dan boleh membuatkan ramai yang tertekan apabila menontonnya.

Apa yang lebih menarik adalah lakonan terakhir Ashraf Sinclair yang membawakan watak antagonis mencuri tumpuan ramai.

Ramai yang memuji lakonan aksi Ashraf Sinclair yang bukan sahaja bijak beraksi di hadapan kamera malah permainan emosi yang ditonjolkan juga membuatkan penonton tidak keruan.

J-Retribusi  mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang mengejar masa untuk menyelamatkan bosnya, Dato’ Hashim dan anak perempuannya, Nadi yang menjadi mangsa tebusan.

Jangan lupa langgan filem ini menerusi Disney Hotstar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2019
Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Sun, 15 Feb 2026

“Karya Komedi Romantik Masih Ada Peminat” – Tam Suhaimi

Tam Suhaimi berkongsi pandangan mengenai genre komedi romantik yang semakin jarang diketengahkan di layar perak.

Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

error: Content is protected !!