Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops November 13, 2018 @ 11:00am

Filem Avengers 4 Mungkin Akan Menjadi Filem Terpanjang Dalam Dunia Sinematik Marvel

Yo peminat-peminat Avengers sekalian!

Jika anda ingat Avengers: Infinity War adalah terlalu panjang (2 jam 29 minit) sampai petak punggung anda bila menontonnya di pawagam, tunggulah sampai Avengers 4 ditayangkan.

Joe Russo, salah seorang daripada sutradara untuk filem ini, baru-baru ini telah menjawab beberapa soalan yang ditanyakan oleh pengikutnya di Instagram.

Dia ditanya juga tentang durasi filem yang ditunggu-tunggu ini dan dijadualkan akan keluar pawagam pada tahun depan.

Walaupun versi final Avengers belum lagi siap, Joe ada memberi sedikit hint. “Buat masa ini ia cukup-cukup 3 jam, jadi tengoklah nanti jika ia kekal begitu,” katanya.

Foto: W3LiveNews.com

Durasi bagi Captain America: Civil War adalah 2 jam 27 minit. Untuk The Avengers pula, durasinya adalah sepanjang 2 jam 23 minit manakala untuk Avengers: Age of Ultron, 2 jam 21 minit.

Jadi jika Avengers 4 memang kekal sepanjang 3 jam, ia akan menjadi filem Marvel terpanjang dalam sejarah filem.

Wah! Memandangkan siri filem Avengers ini memang disukai ramai, rasanya mereka tak kisah jika ia sepanjang 3 jam pun.

Lebih-lebih lagi kerana penghujung filem ketiganya mempunyai cliffhanger kejam yang membuatkan penonton ternanti-nanti untuk ketahui apakah kesudahannya.

Foto: Bustle

Avengers: Infinity War, yang mengaut keuntungan sebanyak $2 bilion dari seluruh dunia, ditamatkan dalam gaya dramatis apabila penjahat Thanos berjaya mendapatkan kesemua Infinity Stones dan hapuskan separuh daripada populasi dunia (termasuklah Black Panther, Spider-Man, Scarlet Witch dan Doctor Strange).

Elizabeth Olsen (yang memainkan watak Scarlet Witch) pernah memberi hint juga yang situasi ini akan bertambah teruk sebelum semuanya baik-baik dalam Avengers 4. Wuish, bunyi menakutkan!

Anda rasa apa yang akan berlaku dalam filem ini nanti?

Sumber: Digital Spy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Trending Wed, 1 Aug 2018

他为全球3亿个没鞋穿的儿童设计了「会长大的鞋子」

相信大家应该都拥有超过一双的鞋子,但是你知道全世界还有将近3亿个儿童没有鞋穿吗?

Hiburan Fri, 14 Nov 2025
Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Featured Thu, 24 Jul 2025

Susah Tidur & Tiba-Tiba Bercakap Sendiri… Aiman Hakim Terganggu Akibat Terlalu Menjiwai Watak

Mengakui ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Events Fri, 6 Oct 2023
error: Content is protected !!