Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 4, 2019 @ 10:04pm

‘Filem Ini Ajar Kami Lebih Kenal Diri Sendiri’- Pelakon Milly & Mamet Kongsi Pengalaman Manis

Hero dan heroin filem Milly & Mamet, Sissy Prescillia and Dennis Adhiswara mengaku karakter dalam filem ini banyak membantu mereka memahami diri sendiri.

Menurut Sissy Prescillia yang membawakan watak Milly, penceritaan filem arahan Ernest Prakasa dan penerbit Mira Lesmana disifatkan cukup dekat dengan kehidupan sebenar pasangan suami isteri di luar sana.

“ Kalau kisah Cinta dan Rangga, mereka ibarat prom Queen & King begitu. Tetapi kisah Milly & Mamet jalan ceritanya berkait dengan kehidupan harian pasangan suami isteri di luar sana. 

“ Bahagia, bergaduh itu lumrah biasa. Cabaran yang perlu berdepan oleh pasangan baru berkahwin ditonjolkan dalam filem ini. Di penghujung cerita filem ini, terdapat mesej tersirat yang boleh dipelajari,” katanya ketika ditemui di sidang media majlis pra tonton filem Milly & Mamet, hari ini.

Pelakon wanita yang turut beraksi dalam Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002 ini berharap agar penonton tidak membuat perbandingan wataknya dengan filem sebelum ini.

“ Pengikut AADC pasti tahu watak Milly seorang yang ‘blur’. Tapi di dalam filem ini saya buktikan di sebalik karakter ‘blur’, dia mampu menjadi seorang wanita yang berdikari dan kuat biarpun berdepan konflik rumah tangga,” akhirinya.

Filem Milly & Mamet ditayangkan di seluruh pawagam TGV bermula 7 Mac ini! 

Oleh: SGMS Enal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Turun Lapan Kilogram…Kenapa Dengan Aishah Azman?

Makin meningkat usia, makin cantik Aishah ni kan?

Featured Thu, 16 May 2024
Featured Thu, 1 Dec 2022

Muat Naik Video Tarian, Ramai Netizen Nak DeFam Comeback! Tapi Sebenarnya….

Sudah pasti ramai yang mengenali anggota kumpulan penyanyi wanita DeFam iaitu Cik Manggis, Azira Shafinaz dan Sophia Liana yang sering mencuri perhatian peminat industri seni dengan nyanyian dan tarian mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang […]

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

[VIDEO] Mimi Fly Menangis Padam MV Serumpun Versi Pertama – “Tiada Siapa Paksa Tapi Keputusan Itu Tak Mudah”

Mimi Fly padam MV Serumpun versi pertama selepas rasa niat awalnya dah menyimpang

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Fri, 6 Dec 2019
error: Content is protected !!